[SAH] Penangguhan Bayaran Balik PTPTN Dilanjutkan Lagi
# Gaya Hidup

[SAH] Penangguhan Bayaran Balik PTPTN Dilanjutkan Lagi

post by Maukerja Team

by Maukerja Team

Jan 21, 2021
pada 5:43 PM

TERKINI Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi (PTPTN) melalui Kementeri Pengajian Tinggi (KPT) telah mengeluarkan kenyataan penangguhan pembayaran balik bagi pinjaman PTPTN telah dilanjutkan selama tiga (3) bulan. [SAH] Penangguhan Bayaran Balik PTPTN Dilanjutkan Lagi.

Kenyataan itu dikeluarkan di akaun rasmi sosial media Twitter Kementerian Pengajian Tinggi melalui kenyataan media rasmi. Menurut kenyataan itu juga, kerajaan telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh penangguhan bayran balik pinjaman Perbadanan Tinggi Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) selama 3 bulan bagi peminjam yang LAYAK sahaja.

Tambahnya lagi, keputusan ini diambil kerana kerajaan prihatin dan menyedari terdapat peminjam PTPTN yang masih terkesan dengan pandemik sekarang ini dan masih ada peminjam yang  belum berupaya untuk membayar semula balik pinjaman mereka.

Oleh itu, bagi peminjam yang terkesan boleh mengemukakan permohonan melalui portal rasmi PTPTN mulai 5 Januari 2021 hingga 31 Mac 2021. Tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman akan bermula adalah dari bulan permohonan pelanjutan diluluskan nanti. Butiran berkenaan pelaksanaan pelanjutan penanggguhan bayaran balik pinjaman akan diperincikan oleh pihak Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi (PTPTN).

Lihat sini untuk senarai semasa bagi kategori kelayakkan bagi penangguhan bayaran balik dan tempoh penangguhan yang dibenarkan KLIK SINI

Sebelum ini, ekoran pandemik yang telah bermula sejak Februari di negara kita, kerajaan telah menangguhkan bayaran balik pinjaman PTPTN mulai 19 Mac 2020 hingga 31 Disember 2020 kepada semua peminjam PTPTN. Kenyataan media itu di keluarkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini binti Ahmad pada hari ini, 1 Janurai 2021.

Bagi peminjam yang mempunyai sebarang masalah atau petanyaan lanjut menghubungi careline Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi (PTPTN) di talian 03-2193 3000 yang beroperasi Isnin hingga Jumaat dari 9 pagi hingga 5 petang sahaja. 

Selain itu, korang boleh juga follow akaun rasmi twitter PTPTN untuk sebarang update terkini. Follow akaun KLIK SINI

Lihat sini untuk skill yang fresh graduate perlu ada KLIK SINI