Jerawat belakang badan atau turut dikenali sebagai bacne adalah masalah kulit yang sangat biasa dihadapi oleh ramai orang. Selain wajah, jerawat juga boleh muncul di bahagian anggota lain yang mempunyai folikel seperti dada, leher, bahu, lengan, pinggul dan belakang badan. Menurut Perkhidmatan Kesihatan UK, lebih setengah daripada jumlah individu mengalami jerawat belakang badan. Ini Punca Dan Cara Hilangkan Jerawat Badan.

