Hati-Hati! 4 Makanan Ini Boleh Menyebabkan Sukar Tidur
# Gaya Hidup

Hati-Hati! 4 Makanan Ini Boleh Menyebabkan Sukar Tidur

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Jan 3, 2021
pada 7:34 PM

Susah tidur malam bukanlah perkara remeh. Individu yang sering berdepan tekanan, tidak kiralah dalam tugasan kerja atau peribadi, kurang tidur atau susah untuk melelapkan mata adalah perkara biasa kepada mereka tetapi tidak elok untuk kesihatan. Ini kerana, tidak tidur semalaman boleh membuatkan korang berasa lemau. Kesannya, korang mungkin akan mengalami sakit kepala, berasa tidak selesa dan sukar menumpukan perhatian kepada tugasan harian. Tidak kurang juga dengan kes-kes kematian seseorang yang terlalu penat bekerja dan tidak cukup rehat boleh menyebabkan kematian. Hati-Hati! 4 Makanan Ini Boleh Menyebabkan Sukar Tidur

Antara faktor seseorang itu tidak dapat tidur lena adalah kerana cara pengambilan makanan mereka. 4 jenis makanan di bawah ini telah terbukti boleh menjejaskan kualiti dan masa tidur individu tersebut.

1. Kafein 

Kafein adalah musuh utama bagi mereka yang mempunyai insomnia atau kesukaran tidur, lagi-lagi jika diambil pada waktu malam. Apa yang lebih membimbangkan adalah, kandungan kafein dalam makanan lain seperti coklat, teh dan soda. Oleh itu, jika korang ingin menjaga dan mengekalkan kualiti tidur yang baik, sentiasa berhati-hati dengan bahan tersembunyi dalam makanan serta sentiasa pastikan untuk memeriksa label dengan teliti.

2. Saderi

Saderi (celery) bersifat diuretik yang boleh menyebabkan korang terjaga di tengah malam kerana pundi kencing penuh. Selain saderi, timun, tembikai dan makanan lain yang mengandungi air yang tinggi perlu dielakkan kerana ia boleh mengakibatkan sebab yang sama.

3. Tomato 

Eh, kenapa tomato? Haa, tomato kaya dengan tyramine, asid amino yang akan membuatkan otak melepaskan norepinefrin-- iaitu perangsang yang meningkatkan aktiviti otak dan mampu ‘menunda’ tidur korang. Selain tomato, makanan kaya tyramine yang lain adalah seperti terung, kicap, dan anggur merah.

4. Coklat Gelap (Dark Chocolate)

Pengambilan dark chocolate pada setiap hari dalam kuantiti yang kecil dikatakan dapat membantu dalam mengekalkan kesihatan jantung. Namun begitu, jika coklat gelap dimakan sebelum waktu tidur ianya boleh menjadi penyebab korang sukar untuk melelapkan mata. Ini kerana, coklat gelap mengandungi kafein. Kafein, seperti yang kalian sudah sedia maklum mampu memberi kesan negatif terhadap waktu rehat anda.

5. Brokoli

Brokoli adalah sayuran yang tinggi khasiatnya, tetapi seratnya yang lambat dicerna usus akan menjadikan badan korang perlu bekerja keras sepanjang malam untuk mencernanya. Brokoli dan sayuran yang dalam kumpulan yang sama dengannya seperti kubis bunga dan kubis brussel juga mengandungi gula kompleks yang akan menghasilkan sejumlah besar gas lalu menyebabkan perut kembung.

Selain jenis-jenis makanan di atas, makanan pedas dan berasid juga boleh mengganggu tidur kerana ia berisiko untuk menyebabkan masalah pedih ulu hati. Pedih ulu hati akan menjadi suatu masalah serius terutamanya bagi mereka yang mempunyai penyakit gastroesophageal reflux (GERD), juga dikenali sebagai refluks asid.