Elakkan Membeli Kereta Ini! 7 Cara Kenalpasti Kereta Rosak Akibat Banjir
# Gaya Hidup

Elakkan Membeli Kereta Ini! 7 Cara Kenalpasti Kereta Rosak Akibat Banjir

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Dec 19, 2021
pada 2:21 PM

Apabila terkena banjir teruk, antara barang yang susah diselamatkan adalah kereta. Kereta yang ditenggelami separa atau sepenuhnya sering diklasifikasikan sebagai “totaled”, “gone case”, lalu terpaksa dilupuskan. Namun begitu, sesetengah kereta ini yang kononnya diisytihar sebagai perlu dilupuskan itu kadang-kadang berakhir di kedai kereta terpakai. Bagi pembeli kereta terpakai, korang perlu berhati-hati, kerana tidak semua peniaga akan berterus terang dengan anda apabila kereta tersebut pernah rosak disebabkan banjir. Di sini, kita nak kongsi cara kenalpasti kereta rosak akibat banjir.

flooded car

Yelah, kalau tersilap pilih, membaiki kereta terpakai ini boleh memakan jumlah lebih besar dari harga yang dibeli. Selain dari wang, kereta dalam kategori ini juga boleh mengancam nyawa korang!

#1 Jadilah pembeli yang bijak

Carilah penjual kereta yang mempunyai rekod reputasi yang baik. Pengedar dan penjual berpengalaman yang baik tidak akan mengambil risiko untuk menipu pelanggan mereka. Berterus teranglah dengan penjual dengan bertanyakan Kondisi kereta yang ingin dibeli itu jika pernah rosak disebabkan banjir ataupun tidak dan dapatkan jawapan mereka secara bertulis agar ada hitam putih sebagai rekod. Jika penjual memberi jawapan yang teragak-agak atau tidak meyakinkan korang, itu dah menjadi salah satu red flag untuk tidak memberi kereta tersebut.

#2 Buat Pemeriksaan Bau

Cara paling pantas untuk menghidu sama ada kereta itu mempunyai kerosakan banjir adalah untuk dengan menghidu baunya. Sebenarnya, amat susah untuk menghilangkan bau berkulat kereta yang disebabkan oleh banjir, dan pembentukan cendawan adalah satu tanda pasti bahawa kereta itu pernah terdedah kepada sejumlah air yang banyak. Jika dapat mengesan bau kulat, korang mungkin sedang berhadapan dengan kereta yang pernah rosak akibat banjir. Jika korang masih tidak pasti, tutup tingkap dan pintu, duduk di dalamnya, dan tarik satu nafas panjang untuk menghidu sama ada terdapat bau kulat atau tidak. Sila ambil perhatian jika di dalam kereta terdapat alat penyegar udara, kerana itu juga adalah satu tanda yang penjualnya sedang berusaha untuk menghilangkan suatu bau yang tidak menyenangkan, yang mungkin bau muntah bayi, dan mungkin juga bau kulat.

#3 Periksa tanda kakisan

Kakisan adalah perkara biasa bagi kereta yang pernah menghadapi banjir. Kerosakan yang korang lihat hari ini bukan satu-satunya punca karat, kerana kakisan akan terus memakan komponen kereta, walaupun selepas sekian lama kereta itu kering. Karat dan kakisan senang dilihat dimana tanda-tanda karat pada logam di dalam dan luar. Jika korang melihat karat pada skru, engsel pintu, atau braket di bawah papan pemuka, logam tersebut pernah mempunyai hubungan yang signifikan dengan air. Untuk memeriksa dengan lebih teliti, buka pintu dan lihat di mana pintu bersentuhan dengan  badan kereta. Kakisan sering berlaku di sudut tersebut. Periksa semua empat pintu, termasuk bawah, dalam dan luar kereta. Akhir sekali, gunakan cermin kecil dan lihat di bawah tempat duduk. Periksa jika spring berkarat. Selain daripada itu, gunakan cermin untuk memeriksa bahagian bawah kereta untuk mengenalpasti jika ada serpihan atau logam yang telah reput dan tanda-tanda hakisan yang lain.

#4 Kerosakkan pada fabrik

Sila periksa dengan teliti setiap fabrik – hadapan, belakang dan di bawah kerusi. Cari kesan air berwarna coklat. Satu lagi petunjuk ialah kualiti karpet. Jika kereta itu berusia 10 tahun tetapi karpet kelihatan baru, pasti ada sesuatu yang tidak kena. Selain itu, jika fabrik pada tempat duduk tidak sama dengan bahagian-bahagian yang lain, seperti pudar, lebih baru atau bercorak yang tidak sekata, maka mungkin seseorang telah mengeluarkan bukti-bukti kesan air berwarna coklat pada fabrik asal. Karpet yang longgar juga memerlukan penelitian lanjut. Jangan lupa untuk membandingkan karpet lantai dengan fabrik pada pintu dan bumbung untuk memastikan mereka semua datang dengan usia dan warna yang sama.

#5 Pandu uji

Sistem elektrik kereta yang telah dikompromi berpotensi mengancam nyawa kerana terdedah kepada jumlah air yang tinggi untuk jangka masa yang panjang. Korang perlu menguji kereta dengan secukupnya untuk memastikan semua komponen elektrik beroperasi dengan baik.

Pertama , periksa bahagian bawah papan pemuka dan perlahan-lahan bengkok wayar elektrik untuk melihat jika ianya rapuh . Jika ya, ia mungkin disebabkan telah terendam di dalam air. Bagaimanapun, korang tetap perlu membuat pandu uji ,dan anda perlu mencuba semua alat elektronik di dalamnya. Semasa menghidupkan enjin, sila ambil perhatian terhadap apa-apa bunyi yang tidak dijangka, dan gunakan mata dan hidung untuk melihat jika ada asap muncul dari mana-mana. Pastikan semua lampu papan pemuka menyala, termasuk lampu depan belakang, dan lampu-lampu lain. Hidupkan penghawa dingin , pengelap cermin, dan jangan lupa untuk menghidupkan radio.

#6 Periksa minyak enjin

Minyak dalam kereta yang terjejas akibat banjir akan bertukar warna, kadang-kadang boleh di samakan seperti warna kopi susu atau susu kocak coklat. Minyak kelihatan pucat di mana ia sepatutnya gelap. Minyak yang telah terjejas oleh banjir juga mungkin terasa melekit apabila disentuh.

#7 Indikasi pada lampu

Teliti setiap lampu, kerana ia mungkin kelihatan berkabus apabila air telah terkumpul di dalam. Bagi kebanyakan kereta di negara panas dan lembab seperti Malaysia, keretakan pada lampu juga akan menyebabkan lampu berkabus kerana air hujan masuk ke dalam lampu. Perkara yang sama boleh terjadi di dalam panel instrumen.