Ini Punca Rambut Gugur Dan Cara Mengatasinya
# Gaya Hidup

Ini Punca Rambut Gugur Dan Cara Mengatasinya

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Jan 6, 2021
pada 6:11 PM

Rambut gugur bukan sahaja di alami oleh wanita malah juga lelaki. Masalah hair fall atau rambut gugur ini boleh berpunca dari pelbagai sebab. Namun begitu, setiap masalah, pasti ada cara dan rawatan yang terbaik untuk kita mengawalnya. Ini Punca Rambut Gugur Dan Cara Mengatasinya

Sebelum kita membongkar lebih lanjut bagaimana untuk mengawal rambut gugur, korang kenalah tahu apakah puncanya. Supaya korang boleh relate kan dengan diri korang, seperti “ada tak antara punca tu berkaitan dengan diri korang?”

Antara punca dan cara mengamwal rambut gugur:

Tekanan fizikal

Kalau korang pernah mengalami trauma, kemalangan atau penyakit yang teruk walaupun sekadar selesema, ianya boleh mengakibatkan keguguran rambut. Rambut mempunyai kitaran hayat: fasa pertumbuhan, fasa rehat dan fasa gugur. Bila korang stress, ianya mengganggu kitaran fasa tadi dan lebih banyak rambut akan gugur. Kawal emosi korang dan dapatkan rehat yang cukup jika korang menghidap sebarang penyakit

 

Terlalu banyak vitamin A

Pengambilan vitamin A harian yang disaran bagi seorang dewasadan kanak-kanak berusia 4 tahun adalah 5,000 UI. Nilai vitamin A yang terdapat dalam supplemen boleh mengandungi antara 2,500 hinggan 10,000 UI. Jadi, pilihlah kandungan yang bersesuaian dengan had umur.

 

Kurang protein

Jika protein tidak cukup dalam badan, tubuh korang akan mengambil protein dengan mematikan pertumbuhan rambut. Ini boleh berlaku sekita 2-3 bulan selepas penurunan dalam pegambilan protein. Pastikan diet harian korang seimbang. Ambil  protein, karbohidrat dan sayur-sayuran yang mencukupi.

 

Sindrom Ovarium Polikistik (PCOS)

PCOS berlaku apabila hormon wanita tidak stabil. Lebihan androgen boleh menyebabkan sista ovarium, peningkatan berat badan, risiko kencing manis yang lebih tinggi, haid tidak teratur, tidak subur serta penipisan rambut.

 

Kehilangan berat badan drastik

Kehilangan berat badan secara mendadak akan menyebabkan trauma kepada fizikal dan menyebabkan rambut menipis. Berjumpalah dengan dietition atau doktor untuk dapatkan nasihat yang pakar.

 

Overstyling

Penggunaan bahan kimia yang berlebihan dalam mengubah style rambut korang boleh menjejaskan akar rambut lalu menyebabkan rambut keguguran. Lebih teruk, rambut tidak akan tumbuh lagi. Hati-hati kalau nak berhias pun, janganlah sampai akhirnya makan diri!

Anemia

1 dari 10 wanita yang berusia 20 hingga 49 tahun mengalami anemia akibat kekurangan zat besi. Ini adalh jenis anemia yang paling biasa dihadapi yang merupakan penyebab mudah kehilangan rambut. Doktor akan melalukan ujian darah untuk menentukan jika korang mmempunyai jenis anemia ini dan biasanya vitamin zat besi akan diberikan.