[KINI DIBUKA] Permohonan Bantuan Awal Persekolahan
# Gaya Hidup

[KINI DIBUKA] Permohonan Bantuan Awal Persekolahan

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Jan 12, 2021
pada 11:56 PM

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun. Bantuan ini bertujuan untuk diberi kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya dari kalangan keluarga yang berpendapatan Isi Rumah Kasar RM3,000 dan ke bawah. Permohonan Bantuan Awal Persekolahan

 

PEMILIHAN KRITERIA KELAYAKAN:

Pemberian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) kepada murid-murid dibuat berdasarkan kriteria yang berikut;

Murid mestilah merupakan seorang warganegara Malaysia (dokumen sebagai bukti diperlukan - sijil kelahiran/mykid/myKad yang disahkan atau apa-apa dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia)

  • Murid merupakan pelajar Tahun 1 hingga Tahun 5 atau yang setaraf dengannya yang berasal dari kalangan isi rumah berpendapatan bulanan kasar sebanyak RM3,000 dan ke bawah pada tahun semasa. Pendapatan kasar bulanan adalah pendapatan yang mengira gaji hakiki/pokok dan elaun-elaun tetap sahaja. Elaun lebih masa dan elaun-elaun bersifat tidak tetap tidak boleh diambil kira sebagai pendapatan kasar bulanan.

  • Bantuan ini diberikan kepada para pelajar yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Swasta (selain sekolah antarabangsa)

     

    Kaedah Bayaran/ Kaedah Penyaluran

    Bantuan ini akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berperingkat terus ke:

    Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah, atau

  • Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun Kumpulan Wang Kerajaan.

     

    Kadar dan Jenis Bantuan

    Murid yang menerima Bantuan Awal Persekolahan akan diberi bantuan sebanyak RM100 bagi seorang murid secara sekaligus (one-off)

     

    Cara Permohonan

    1. Semua pelajar sekolah yang berkelayakan tidak lagi perlu memohon secara individu. Pihak sekolah akan mengeluarkan paparan senarai nama murid yang layak dan akan memberikan makluman berkenaan pemberian bantuan ini kepada mereka.

    2. Bagi pemohon kali pertama, anda boleh melakukan pemohonan melalui Borang Permohonan yang di sediakan di sini. KLIK SINI UNTUK DAPATKAN BORANG PERMOHONAN

     

    Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia KLIK SINI UNTUK LAYARI

    BACA SINI 10 Bantuan Kerajaan Bagi Tahun 2021 Yang Boleh Anda Mohon