Samsung Bukan Sekadar Jenama Telefon, Rupanya Miliki ‘Ketenteraan’ Sendiri!
# Trending Semasa

Samsung Bukan Sekadar Jenama Telefon, Rupanya Miliki ‘Ketenteraan’ Sendiri!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Jan 13, 2021
pada 7:40 PM

Samsung merupakan salah satu daripada anak syarikatnya, Samsung Electronics Co. Ltd. merupakan salah satu daripada syarikat elektronik terbesar di dunia. Diasaskan di Daegu, Korea Selatan, syarikat ini beroperasi di 58 buah negara dan mempunyai lebih daripada 208,000 orang pekerja. Keuntungan pada tahun 2003 ialah lebih kurang US$101.7 billion. Samsung juga dikenali sebagai salah satu daripada 10 jenama terkenal di dunia. Samsung Bukan Sekadar Jenama Telefon

Jenama ini di asaskan oleh Lee Byung Chull pada tahun 1938iaitu, 82 tahun yang lalu. Sewaktu mula ditubuhkan, syarikat Samsung ini hanya mempunyai 40 orang pekerja sahaja dan fokus peniagaan mereka hanyalah model perniagaan menjual barang-barang runcit harian.

 

Pada tahun 1950-an, Samsung mengembangkan model perniagaan mereka. Samsung mula memceburi dalam industri kewangan termasuklah insurans, sekuriti (pelaburan) dan retail. Sehinggalah pada tahun 1060-an, Samsung mula memasuki pasaran dalam segmen elektronik, yang telefon pintar kegunaan korang sekarang itulah!

 

Tahukah korang, produk pertama elektronik yang dihasilkan Samsung?

Jawapannya adalah televisyen!

Pada tahun 1983, Samsung mula mengeluarkan komputer pertama mereka, dimana pada ketika itu, komputer yang dicipta syarikat ini mempunyai teknologi 14 kali ganda lebih ‘advance’ dari komputer yang direka oleh Microsoft!

 

Namun begitu, pada masa ini kebanyakkan kita hanya tahu Samsung ini adalah syarikat pengeluar barangan elektronik sahaja. Sedangkan, Samsung ini sebenarnya lebih besar dari itu. Dan jenama ini lebih besar dari apa yang korang bayangkan.

 

Pada dua tahun lepas, 2019, pendapatan Samsung dilaporkann melebih USD$ 200,000 billion! Macam mana mereka boleh mencapai sehingga angka sebesar ini?

 

Haa ini yang ramai tidak tahu..

Samsung terdiri dari 80 gabungan perniagaan yang merangkumi pelbagai sektor. Antara sektornya adalah;

Selain dari itu, Samsung juga terlibat dengan sektor oil & gas, marketing, hotel & resort, medical center, automotif, dan banyak lagi. 

 

Tapi ada sesuatu yang Samsung buat tapi jarang orang tahu.

Samsung terlibat secara langsung dalam penghasilan peralatan ketenteraan. Samsung juga membangunkan robot tentera Korea Selatan untuk mengurangkan ketenteraan manusia di daerah DMZ.

 

Samsung juga membuat kereta kebal K-9 yang digunakan oleh tentera Korea Selatan dan juga beberapa lain seperti Turkey, Australia & India.

Fakta, fakta, fakta lagi

Samsung juga memiliki dan menguruskan taman terbesar di Korea Selatan dan syarikat ini juga memiliki bandar mereka sendiri iaitu Samsung Digital City.

 

Bukan itu sahaja, Menara Burj Khalifa di dubai juga dibina oleh Syarikat ini. Dan paling menarik, salah satu menara berkembar KLCC yang menjadi kemegahan kita rakyat Malaysia juga dibina oleh Samsung tau!

 

Sumber: Perkongsian oleh @FezzaHussin