HATI-HATI Jangan Terpedaya Dengan Agen Sambal Khairulaming
# Trending Semasa

HATI-HATI Jangan Terpedaya Dengan Agen Sambal Khairulaming

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Jan 14, 2021
pada 3:09 PM

Minggu lepas tular di media sosial apabila seorang selebgram Khairul Amin Kamarulzaman atau lebih dikenali di media sosialnya dengan nama Khairulaming yang berjaya menjual Sambal Nyet Berapi sebanyak 10,000 balang dalam masa kurang satu jam! Sambal tersebut merupa produk pertama yang dikeluarkan oleh beliau setelah popular dengan video masakan dengan trademark beliau "What's Up guys". Jangan Terpedaya Dengan Agen Sambal Khairulaming 

Pencapaian beliau itu memang sangat mengkagumkan dan menjadi inspirasi kepada anak muda yang baru berjinak dalam bidang perniagaan. Beliau juga merancang akan membuka semula jualan Sambal Nyet itu dalam masa terdekat kerana permintaan yang semakin ramai. Ditambah lagi dengan review dari pembeli sebelum ini, lagilah berapi-api orang nak beli sambal ini bagi batch yang akan datang.

Namun begitu, pada hari ini ada berita kurang enak didengar apabila muncul pihak yang tidak bertanggungjawab cuba berselindung disebalik jenama Sambal Nyet ini.

"Someone gave me screenshots ni and I have no idea siapa Fatihah ni. FYI Sambal Nyet belum buka for agent or dropship. Entah berapa orang dah transfer duit dekat dia. Please be careful. So far sambal cuma jual di Shopee sahaja"

Individu yang dikenali sebagai 'Fatihah' ini cuba scam beberapa orang yang ingin menjadi dropship atau agent bagi Sambal Nyet ini.

Selain itu, individu ini juga mengambil tempahan pra-tempah (pre-order) melalui Facebook dan nombor Whatsapp beliau. Haih, kalau dah penipu, pandai betul cari lubang untuk buat duit ya.

Khairul Amin juga menegaskan bahawa pihak beliau tidak ada kaitan dengan individu 'Fatihah' ini. Beliau juga m

"Kepada mangsa yang dah ditipu, please make sure korang dapat balik duit korang. Pihak kami tak pernah involve dalam benda ni. So far kitaorang belum buka for agent or dropship. Pembelian hanya kat shopee sahaja. Please make sure jangan transfer duit kat siapa-siapa tanpa asal usul"

Beliau juga menasihatkan individu ini untuk memulangkan semula wang yang telah ditipu kepada mereka yang terlibat sebelum tindakan undang-undang diambil keatasnya.

Sumber: twitter @khairulaming

Baca Sini Tips Untuk Memulakan Perniagaan KLIK SINI