Takde Pengalaman Kerja, Bagaimana Nak Berjaya Ke Temuduga. Ini Caranya
# Pengetahuan Interview

Takde Pengalaman Kerja, Bagaimana Nak Berjaya Ke Temuduga. Ini Caranya

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Jan 21, 2021
pada 5:12 PM

Runsing sebab syarikat sekarang semuanya demand nak pekerja yang ada pengalaman. Korang pula baru je tamatkan pengajian dari Institut Pengajian Tinggi (IPT) memang takde la pengalaman yang diminta tu. Tapi sampai bila pulak nak kena terperuk je kat rumah, rugilah kalau belajar tinggi-tinggi tapi tak kerja kan. Di sini kami senaraikan beberapa cara untuk korang cuba, sekurang-kurangnya korang akan dapat peluang 'disenarai pendek' untuk temuduga. Takde Pengalaman Kerja, Bagaimana Nak Berjaya Ke Temuduga. Ini Caranya

Tapi tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tau. Tak mustahil je korang akan terus ditawarkan bekerja! Jom cuba.

1. Fokus Buru Sekurang-kurangnya 12 Pekerjaan

Perkara pertama yang korang kena lakukan adalah fokus dan senaraikan 12 kerja yang korang dah mohon dan betul-betul berminat. Korang tak perlu pun menepati semua requirement yang disenaraikan oleh syarikat tu, tapi korang mesti boleh buktikan yang korang mampu lakukan semua kelayakan yang disenaraikan dalam job scope tu!

Pencapaian akademik sebenarnya tak dikira sebagai kelayakan tau. Sebab pencapaian akademik cuma salah satu syarat untuk memudahkan syarikat daripada menerima ribuan resume, tu je.

 

2. Tunjukkan Korang Ada Matlamat Jelas & Calon Yang Diperlukan Majikan

Dalam resume bahagian soft skill dan kemahiran, software atau kemahiran apa yang korang senaraikan dalam resume korang sebagai kelayakan?

Contohnya, untuk bidang tugas sebagai marketing, min percaya kebanyakan korang akan senaraikan teknologi macam ni kan:

  • Software email untuk marketing, seperti MailChimp
  • Automation software untuk marketing, seperti HubSpot
  • Sistem pengurus kandungan, seperti WordPress 

Untuk buktikan yang korang memang berkemahiran menggunakan segala teknologi yang korang senaraikan ni, korang cuba cipta satu projek sebagai contoh dan bahan bukti. Tunjukan juga kemahiran menggunakan cara yang sama untuk HubSpot dan WordPress.

Lepastu korang kena check juga kemahiran-kemahiran lain yang korang senaraikan dalam resume korang tu. Kalau boleh letak kemahiran lain yang takde kena mengena dengan marketing. Untuk nampakan yang korang ni bagus dalam marketing tapi dalam masa yang sama korang juga ada kebolehan dalam perkara-perkara lain. Baru la majikan tau yang korang ni calon yang boleh multitask. Ni antara contoh yang korang boleh selitkan. Takde la nanti kemahiran korang berulang kat situ je.

  • Menulis
  • Kerja-kerja Editorial
  • Menganalisa data

 

3. Tunjukan Hasil Kerja & Potensi Pada Tempat Yang Betul

Takde hasil pun kalau korang dah buat semua usaha tapi korang hantar hasil kerja korang dekat tempat yang salah, ataupun tempat dah betul tapi korang gunakan cara yang bosan dan tak berjaya menarik minat recruiter untuk senari pendekan korang.

Ni ada beberapa cara kreatif yang korang boleh buat dan pengurus pengambilan pekerja mesti perasan kewujudna emel korang tau!

#Cari alamat emel yang betul & orang yang tepat

Cuba google atau cari dekat Linkedin ataupun website rasmi syarikat untuk tau senarai nama staff dan jawatan diorang. Untuk cari email personal orang tersebut korang kena install Chrome Extension, Email Hunter untuk memudahkan lagi kerja korang tu.

Kalau syarikat tu syarikat kecil je, korang hantar email terus kepada CEO diorang je.

Kalau syarikat besar pula macam mana? Takkan nak sesuka hati bypass kot? Jangan! cuba ikut jalan yang betul. Kecuali kalau korang ni memang dapat hasilkan project yang memang berbaloi dan mustahil ditolak CEO tu, kira tak buang masa la CEO tu baca email korang. Tapi kalau korang calon yang biasa je korang boleh target Ketua Jabatan atau dalam bahasa omputih nya Head of Department (HOD)

#Sasarkan syarikat dengan menggunakan iklan!

Ni korang kena bijak menggunakan medium sosial media la, korang kena create page atau satu medium untuk letakan hasil kerja korang kat situ, lepastu korang cipta iklan dan iklankan hasil kerja korang tu. Set sekali kepada siapa korang nak iklan korang tu dilihat!

#Minta bantuan influencers

Ni korang memang kena laburkan sedikit duit lah ye, sebab korang kena bayar influencer yang korang guna untuk prmotekan diri korang tu, jarang jumpa yang tak berbayar tau. Sebab sama-sama nak cari makan kan. Ataupun korang hired pakar dalam penulisan resume dan permohonan kerja ni dan dapatkan konsultasi daripada mereka.

4. Berfikiran Terbuka & Berlapang Dada

Ada kemungkinan untuk korang tak dapat kerja yang korang mahukan atas faktor-faktor lain. Tapi min yakin kalau korang buat semua yang min senaraikan di atas dengan betul, sekurang-kurangnya korang akan disenarai pendekan untuk temuduga. Percayalah!