Bahaya Penyakit Narsistik (NPD) Penderitaan Mental Yang Boleh Menyakiti Diri
# Gaya Hidup

Bahaya Penyakit Narsistik (NPD) Penderitaan Mental Yang Boleh Menyakiti Diri

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Jan 24, 2021
pada 7:33 PM

NPD atau dikenali sebagai Narcissistic Personal Disorder merupakan penyakit yang berkait rapat dengan masalah mental. Bahaya Penyakit Narsistik

NPD merupakan gangguan keperibadian dimana seseorang itu menganggap dirinya tersangatlah penting dan memiliki keinginan yang berlebihan untuk dikagumi lebih dari orang lain. Parahnya tentang penyakit ini apabila seseorang itu terlalu percaya diri sendiri tetapi tidak menghargai perasaan orang lain. 

 

“Pesakit NPD tidak bimbang dan juga peduli atas tindakan mereka bermaksud mereka tiada penyesalan atau rasa bersalah atas apa yang mereka lakukan lebih lagi jika ianya memberi kesan buruk kepada orang lain,” menurut pakar psikologi, Whitney Hawkins.

 

Ciri-ciri pesakit Narcissistic Personal Disorder (NPD)

Menilai diri sendiri terlalu tinggi dibandingkan orang lain secara berlebihan

  • Memiliki keinginan yang melampau untuk selalu dipuji atau dikagumi

  • Memanfaatkan orang lain untuk mendapatkan apa yang diinginkan

  • Merasa cemburu terhadap orang lain dan merasa orang lain cemburu terhadap diri sendiri

  • Cepat merentan/ meroyan

     

    Penyebab seseorang mendapat penyakit Narcissistic Personal Disorder (NPD)

    Berpengalaman/ ada sejarah yang sering di kutuk atau dikritik berlebihan dan mereka berasa takut dan gagal

  • Selalu dibanding dengan orang lain dan mereka berasa tercabar dengan perbandingan tersebut

    Cara rawatan 

    Tiada ubat-ubatan sebenar yang dihasilkan tetapi orang yang menghidap penyakit ini disarankan untuk menjalani terapi sendiri dirumah seperti;

    • Selalu terbuka dan banyakkan bersosial dengan orang lain.
    • Belajar mengenai ilmu NPD supaya boleh sentiasa alaert dengan gejala dan juga mendapatkan rawatan yang sesuai
    • Kunjungi pusat kesihatan apabila anda terfikir untuk menyakiti diri anda sendiri atau orang lain.
    • Belajar untuk kurangkan stres dengan meditasi atau yoga.

    Jika korang ada ciri-ciri seperti diatas, dinasihatkan untuk berjumpa dengan pakar dan kenalpasti masalah personaliti sebenar yang dihadapi. Penyakit ini tidak boleh dipandang ringan kerana bukan sahaja boleh mudaratkan diri sendiri tetapi orang sekeliling juga tanpa disedari.