Sanggup ‘Tikam’  Keluarga, Risiko Jadi Penjamin Lagi Teruk Dari Peminjam!
# Gaya Hidup

Sanggup ‘Tikam’ Keluarga, Risiko Jadi Penjamin Lagi Teruk Dari Peminjam!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Jan 27, 2021
pada 11:37 AM

Kalau nak buat pinjaman beli rumah, kereta, pinjaman pendidikan dan sebagainya korang memang memerlukan penjamin. Nak cari penjamin pun taksusah sangat. Asalkan dorang ni takpernah di isytiharkan bankrupt. Tambah pulak kalau permintaan untuk jadi penjamin tu datang dari keluarga sendiri. Si mak dah keluarkan kata-kata sedih “adik kau sendiri tu, takkan takboleh tolong” haih, memang serba salah di buatnya. Di telan mati mak, di luah mati bapak. Sanggup ‘Tikam’  Keluarga, Risiko Jadi Penjamin Lagi Teruk Dari Peminjam!

 

Eh kenapa cakap macam tu? Pertama sekali korang kena faham, syarat nak jadi penjamin ni apa?

Berumur lebih 18 tahun ke atas

  • Tak bankrupt

  • Mempunyai mental yang stabil untuk paham isi kandungan dokumen jaminan

  • Terima jadi penjamin tanpa tekanan (pressure) dari kelurga

     

    Kes terdahulu, artis Fizo Omar kerugian RM2.5 juta kerana menjadi penjamin tanpa diketahui bagi pinjaman kenal rapatnya. 

    Betul ke kalau peminjam takdapat bayar hutang, penjamin yang kena settle kan?

    Betul, tapi bukanlah sesenang itu. Sebelum tahun 2014, jumlah penjamin yang bankrupt kerana tidak mampu membayar hutang peminjam, telah cecah sehingga 7 ribu orang. Disebabkan kes tersebut kerajaan telah meminda Akta Kebankrapan 1967 dimana peminjam akan dikenakan tindakan dahulu, baru penjamin. Adillah kan? Contohnya, bank akan sita dulu harta peminjam, dan kalau masih tak cukup untuk selesaikan hutang, baru bank akan sita harta penjamin. Fuh!

     

    Apa risiko sebenar jadi penjamin ni?

    Skor kredit terjejas: bila ada rekod takcantik, nanti bila korang nak buat pinjaman sendiri dah susah. Paling teruk, kalau bank terus taknak terima pemohonan korang

  • Aset di sita: mengikut akta yang terbaru, aset penjamin hanya akan disita apabila aset peminjam yang sisita tidak mencukupi untuk selesaikan hutang.

  • Boleh muflis: hanya untuk penjamin bukan sosial. Penjamin bukan sosial bermaksud memberi jaminan untuk pinjaman business.

     

    Kalau dah diisytiharkan muflis, apa akan jadi kepada penjamin tersebut?

    Tidak boleh keluar negara

  • Tidak boleh membuka apa-apa syarikat atau perniagaan

  • Tidak boleh membuat pinjaman dengan bank untuk beli rumah atau kereta. 

  • Tidak boleh membuat pinjaman ASB 

  • Tidak boleh buat sebarang kredit kad.

     

    Memanglah pada awal kita mudah rasa simpati bila ahli keluarga atau kawan rapat minta jadi penjamin, tapi korang kena ingat kesan akan datang jika mereka ini gagal membayar semula hutang tersebut. Ada sebab kenapa bank pun taknak bagi mereka pinjam, bank pun dah tahu capability mereka ini untuk membayar semula pinjaman yang mereka buat. Hati-hati!