Pasangan Suami Isteri Jarak Jauh Boleh Rentas Negeri, Ini Cara Untuk Mohon!
# Trending Semasa

Pasangan Suami Isteri Jarak Jauh Boleh Rentas Negeri, Ini Cara Untuk Mohon!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Jan 29, 2021
pada 10:52 AM

Akhirnya keluhan suami isteri jarak jauh ini didengari juga oleh pihak kerajaan. Yelah, sejak Perintah Kawalan di laksanakan tiga minggu yang lalu, ramai pasangan yang terpisah. Belum kira lagi yang mempunyai anak yang masih kecil. Pastinya sukar untuk mereka handle anak-anak seorang diri. Pasangan Suami Isteri Jarak Jauh Boleh Rentas Negeri, Ini Cara Untuk Mohon!

 

Oleh itu, bagi mana-mana individu yang ingin melakukan pergerakan rentas negeri atau rentas daerah, korang dikehendaki mengisi Borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) untuk mendapatkan kebenaran daripad pihak polis sebelum memulakan perjalanan. Muat Turun Borang Permit Pergerakan Bagi Tujuan Rentas Negeri Dan Daerah Disini

Borang kebenaran ini boleh dimuat turun di Facebook Polis Diraja Malaysia atau Portal Rasmi PDRM melalui pautan di bawah:

 

Borang Permit Pergerakan PKP: KLIK SINI


 

Untuk urusan pemohonan kebenaran pergerakan, sila ikuti langkah-langkah dibawah:

1. Muat turun Borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)- mengikut pelaksanaan perintah pergerakan di negeri masing-masing melalui Portal atau media sosial rasmi PDRM;

2. Mengisi borang dengan lengkap untuk dua salinan

3. Menghantar dua borang yang telah lengkap di balai polis untuk proses kelulusan.


 

Pada 11 Januari baru ini, Perdana Menteru telah mengeluarkan perintah Kawalan Pergerakan, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan bagi beberapa negeri seperti berikut: Penjelasan Lengkap Perintah Kawalan Di Setiap Negeri

 

#1 Perintah Kawalan Pergerakan (MCO)

 

Tertakluk bagi negeri: Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan, Melaka, Johor dan Sabah

 

Tempoh: 14 hari

 

Tarikh: 13 Januari 2021 - 26 Januari 2021

 

Apakah Syarat Yang Perlu Dipatuhi?

 

1. Tidak boleh merentas negeri atau daerah

 

2. Tidak boleh melakukan sebarang aktiviti sosial berkumpulan seperti majlis perkahwinan, perayaan, majlis keagamaan termasuklah Thaipusam, dan juga aktiviti riadah berkumpulan.

 

3. Roadblock akan terus diadakan, pergerakkan kenderaan dibenarkan adalah antara 10 kilometer dari tempat tinggal sahaja

 

4. Hanya 2 orang dari rumah sahaja dibenarkan untuk keluar membeli kelengkapan barang rumah dan barang basah di pasaraya yang berdekatan.

 

5. Hanya 2 orang sahaja yang dibenarkan menaiki sebuah kenderaan.

 

6. Sesiapa yang melanggar perintah akan dikenakan denda maksimum RM1,000 dibawah Akta 342 Pencengahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit.

 

7. Hanya 5 ekonomi penting sahaja yang dibenarkan untuk beroperasi seperti perkhidmatan, pembuatan, pembinaan, perdagangan dan peladangan dan komoditi.

 

8. Hanya 30% sahaja kumpulan pengurusan syarikat dibenarkan untuk ke pejabat; majikan perlu mengenalpasti jumlah pekerja yang perlu ke pejabat berdasarkan SOP.

 

9. Pastikan SOP dan penjarakkan fizikal digunapakai setiap masa.

 

10. Bagi sektor perkhidmatan non-essential, pekerja perlulah untuk bekerja dari rumah (work from home) dan majikan perlu patuh dengan syarat ini.

 

11. Kedai makan dan juga warung dibenarkan untuk dibuka tetapi hanya untuk take away sahaja.

 

12. Penghantaran makanan ke rumah adalah dibenarkan.

 

13. Pasaraya, perkhidmatan kesihatan (teermasuk klinik, hospital, dan juga farmasi), bank dibenarkan untuk beroperasi dengan mematuhi SOP iaitu sentiasa memakai penutup muka, sentiasa menggunkan pembasmi kuman, dan menjaga penjarakkan fizikal sepanjang masa.

 

14. Duduk di rumah dan jangan keluar jika tiada apa yang perlu dilakukan.

 

15. Bagi pelajar, aktiviti keagamaan dan juga aktiviti rekreasi.

 

PELAJAR: Calon yang bakal menduduki SPM pada 2020 dan 2021 dibenarkan hadir kesekolah dengan kawalan SOP yang ketat. Kementerian Pelajaran Malaysia akan mengemukakan detail SOP.

 

AKTIVITI KEAGAMAAN: Maksimum 5 orang sahaja dibenarkan untuk beribadat di masjid atau rumah ibadat pada satu masa.

 

AKTIVITI REKREASI: aktiviti rekreasi diluar dibenarkan jika dalam/dari rumah yang sama. Setiap individu mesti menjaga jarak 2 meter sepanjang masa. Tidak dibenarkan lebih 2 orang untuk berjogging pada satu masa dan berbasikal tidak dibenarkan di dalam kumpulan. Persendirian, boleh.

 

#2 Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB/ CMCO)

 

Tertakluk bagi negeri: Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan

 

Tempoh: 14 hari

 

Tarikh: 13 Januari 2021 - 26 Januari 2021

 

Apakah Syarat Yang Perlu Dipatuhi?

 

1. Tidak boleh merentas negeri atau daerah

 

2. Tidak boleh melakukan sebarang aktiviti sosial berkumpulan seperti majlis perkahwinan, perayaan, majlis keagamaan termasuklah Thaipusam, dan juga aktiviti riadah berkumpulan.

 

3. Aktiviti keagamaan: Dibenarkan berdasarkan jumlah minimum SOP bagi tempat tersebut

 

#3 Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP/ RMCO)

 

Tertakluk bagi negeri: Perlis dan Sarawak

 

Tempoh: 14 hari

 

Tarikh: 13 Januari 2021 - 26 Januari 2021

 

Apakah Syarat Yang Perlu Dipatuhi?

 

1. Tidak boleh rentas negeri. 

 

2. Aktiviti sosial berkumpulan dibenarkan dengan SOP.

 

3. Aktiviti Keagamaan Dibenarkan berdasarkan jumlah minimum SOP bagi tempat tersebut