Jus Lemon Campur Madu Untuk Buang Blackheads Boleh Bahayakan Kulit. 9 Beauty Tips Yang Bahayakan Muka
# Gaya Hidup

Jus Lemon Campur Madu Untuk Buang Blackheads Boleh Bahayakan Kulit. 9 Beauty Tips Yang Bahayakan Muka

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Feb 6, 2021
pada 1:06 PM

Putih sangat orang kondem, gelap sangat pun kena bash, susahkan jadi perempuan ni? Nak jadi cantik bukan senang, kadang-kadang 50% daripada duit gaji habis dekat facial, spa untuk cantik punya pasal. Disebabkan nak cantik ni bukanlah satu benda yang murah dan senang, maka timbullah 'beauty hacks' yang kononnya boleh bagi kesan efektif tanpa perlu keluar wang lebih. Memang melonjak excitedlah para wanita bila dapat tahu benda-benda ni! Beauty Tips Yang Bahayakan Muka

Tapi korang tahu tak yang sesetengah 'beauty hacks' bukanlah untuk 'beauty' tapi sebenarnya resepi kepada 'kehodohan' dan masalah yang serius. Nak tahu apa tips-tips kecantikan yang fail ni? Jom kita tengok, zassss!

#1 Menggunakan Jus Lemon Untuk Menghilangkan Tompok Hitam Pada Wajah

"Cutekan kami?" 

Korang tahu tak yang lemon ni sebenarnya ada kandungan asid yang tinggi bukan main, ia juga agak fototoksik ataupun sejenis bahan yang menyerap sinaran matahari sampai boleh menyebabkan keradangan kulit. Tahu tak apa maksudnya? Maksudnya kat sini, tompok hitam kat kulit korang boleh jadi lagi teruk kalau korang keluar rumah dengan jus lemon menepek pada wajah.

#2 Hidrogen Peroksida Untuk Memutihkan Gigi

Tak payah nak putihkan sangat gigi, yang penting tak ada taik gigi. 

Untuk pengetahuan korang, hidrogen peroksida adalah sejenis peroksida yang paling kuat. Dengan kuasanya ini, ia sering digunakan dalam produk-produk peluntur dan juga sebagai agen pencuci dan ini termasuklah dalam produk-produk untuk memutihkan gigi. So, apa salahnya nak guna kat gigi? Ha, kat sinilah isunya timbul, dalam satu video yang diposkan oleh seorang YouTuber, MissTiffanyMa, dia menggunakan Hidrogen Peroksida ini secara terus pada gigi, maka ramailah yang nak cuba. Tapi secara realitinya, ia sangatlah bahaya sebab kandungan Hidrogen Peroksida yang ada dalam produk gigi telah dipastikan tahap selamat penggunaannya oleh pakar-pakar pergigian dan pengkaji. Jadi, kalau korang nak jadi doktor gigi sendiri, sedialah untuk mengalami masalah gusi, gigi dan tisu dalam mulut pada masa akan datang. 

#3 Mencampurkan Lemon & Madu Untuk Buang Blackheads

"Sumpah kami innocent." \(*^▽^*)/

Benda ni bukan je tak jadi you alls, tapi juga boleh menyebabkan kulit korang yang takdelah teruk mana sebelum ni jadi makin teruk. Blackheads aka bintik hitam ini sebenarnya adalah berpunca daripada minyak pada kulit yang tersumbat dekat liang pori. Penggunaan jus lemon pada kulit sebenarnya tak berjaya pun nak tembus minyak tu (simple science) dan menganggu kulit korang disebabkan oleh tahap ketinggian asid dalam lemon. 

#4 Dental Floss Untuk Buang Blackheads

Dental floss ni untuk buang kotoran di celah-celah gigi bukannya pada wajah, tapi masalahnya ramai sangat yang kreatif atas muka bumi ini, dan ini termasuklah seorang Intagrammer, Sukhi Mann yang telah berkongsi tips ni. Memang menjadi, tapi benda ni juga menyebabkan pembukaan liang roma yang seterusnya mudah kena jangkitan lain.

#5 Menggunakan DIY Garam Laut Sebagai Skrub Wajah

Kalau diikutkan, memang betul garam laut memiliki kuasa untuk membuang sel kulit mati, tapi yang tak syoknya garam laut ini sebenarnya agak kasar pada kulit kita yang lembut 'macam baby' ni. Pengikisan yang berlaku pada kulit yang disebabkan oleh garam laut ini boleh menyebabkan wajah jadi merah-kemerahan dan yang paling tak best sekali, ia menyebabkan kulit mudah naik jerawat. 

#6 Guna Baking Soda Sebagai Masker Wajah

Banyak okay tips dalam dunia internet ni tentang penggunaan baking soda dekat muka, tapi masalahnya betul ke elok? Kalau korang nak tahu, baking soda adalah sejenis bahan yang boleh mengganggu keseimbangan pH (asid-alkali) pada kulit menjadikan kulit mengalami masalah liang roma tersumbat,  iritasi dan mungkin juga burn!

#7 Menggunakan Ubat Gigi Untuk Hilangkan Jerawat Semalaman

"Ada aku kisah? Yang penting aku cun esok."

Mesti ramai pernah dengar tips ni kan? Mungkin daripada artis kesayangan korang ataupun sesiapa sahaja kat sekeliling korang yang nak 'fast result' untuk dating esok. Basically, ubat gigi ni mengandungi ramuan yang menyebabkan iritasi pada kulit seperti peroksida, alkohol, pewangi dan pudina. Gabungan kesemua kandungan ini adalah resepi kepada kulit terbakar, kemerahan dan terhakis. Mesti korang rasa pelikkan, jerawat memang hilang, tapi masalahnya kulit di sekitar tu yang jadi mangsa. 

#8 Hairspray Menggantikan Makeup Setting Spray

Pernah dengar pasal ni? Tips ni pernah dikongsi oleh seorang YouTuber, NikkeTutorials. Terimalah hakikat yang hairspray diciptakan untuk rambut bukannya muka. Kandungan alkohol dan lacquers dalam penyembur rambut ni boleh menyebabkan iritasi pada kulit, menyebabkan bintik merah dan mengeringkan wajah. Beli jelah spray makeup setting tu kalau korang sayang kulit. 

#9 Penggunaan Petroleum Jelly Untuk Lebatkan Bulu Mata

'Beauty hack' yang kononnya 'neutral' ini sebenarnya boleh menjadi penyebab kanser ataupun kewujudan milia di bawah mata. Memang betul elemen-elemen yang bahaya telah dibuang sewaktu pemprosesan jeli petroleum ni, tapi lain jenama lain peringkat 'purity'nya daripada bahan-bahan yang merbahaya ni. 

 


Kesimpulannya, janganlah terikut-ikut sangat trend atau hacks yang korang jumpa kat internet tu tanpa usul-periksa, orang kata, "Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya," eh! Kaitanlah sangat? Konon nak tunjuk terer BM. Apa-apa pun, kecantikan itu subjektif dan bersyukurlah dengan apa yang korang ada, kerana bila korang jadi orang yang bersyukur, keserian di hati terpancar di wajah, itulah kecantikan yang sebenar. 

15 Produk Kosmetik Famous Yang Diharamkan KKM Kerana Mengandungi Racun 2021 SENARAI DISINI