Guna Kuasa Minta Nombor Untuk Berkenalan, Ini Yang Korang Boleh Lakukan Jika Privacy Diganggu
# Pengetahuan Pekerja

Guna Kuasa Minta Nombor Untuk Berkenalan, Ini Yang Korang Boleh Lakukan Jika Privacy Diganggu

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Feb 15, 2021
pada 11:23 AM

Sekarang ini nak kemana-mana pergi pun akan ada roadblock. Selain dari itu, kalau korang lupa nak scan MySejahtera bila singgah dimana-mana premis, korang perlu tulis maklumat nama dan nombor telefon secara manual pula di buku log. Memanglah kadang-kadang rasa leceh dan takut orang salah guna maklumta kita, tapi pada masa pandemik sekarang itu semua SOP norma baharu kita. Guna Kuasa Minta Nombor Untuk Berkenalan, Ini Yang Korang Boleh Lakukan Jika Privacy Diganggu

 

Tapi ada pula cerita yang tidak enak didengar apabila badan beruniform menyalahguna kuasa mereka untuk mengorat orang? Baru-baru ini tular di sosial media apabila gadis ini berkongsi cerita mengenai situasi beliau ditahan ketika roadblock. Katanya polis tersebut suruh bagi details nama, IC dan nombor telefon. Yelah, kita ni pon kalau polis mintak, mestilah bagi. Sebab kita menganggap mereka sedang menjalankan tanggungjawab. Jadi kita sebagai rakyat ini bagi kerjasamalah.

 

Tapi yang jadi tidak sedap pula apabila mereka ini menggunakan kuasa tersebut untuk mengganggu privacy kita pula. 

 

Memang tidak salah untuk berkenalan, tidak kiralah korang kerja polis ke, cashier, guru atau pekerjaan apa sekalipun. Tapi, kalau korang sedang bertugas dan masih beruniform, jangan sesekali menggunakan masa dan kuasa tersebut untuk melakukan aktiviti begini. Ini dianggap sebagai satu pelanggaran hak peribadi seseorang tau. Dan korang juga boleh dikenakan tindakan tatatertib oleh majikan jika mangsa melaporkan kerana ianya melibatkan integriti ketika bekerja.

 

Apa nak buat bila ‘privacy’ diganggu dalam situasi begini?

Jika pelaku adalah anggota polis seperti situasi diatas, korang boleh salurkan aduan dan maklumat di lokasi di bawah.

 

Korang juga boleh membuat aduan terus ke Jabatan Perlindungan Data Peribadi Malaysia dengan menghantar email ke aduan@pdp.gov.my bersama butiran dibawah:

i) Nama organisasi atau orang yang anda mengadu; 

ii) Menerangkan sebab kebimbangan anda; 

iii) Memberi butir-butir tindak balas yang mana anda telah terima daripada organisasi yang disyaki punca kebocoran maklumat;

iv) Menyediakan salinan apa-apa surat atau e-mel mengenai perbincangan anda dengan organisasi atau individu berkenaan.

 

Jom kita gunakan saluran yang betul agar semua pihak dapat membuka mata penyalahgunaan maklumat pelanggan atau individu boleh dikenakan hukuman. 

Cara nego gaji secara PERCUMA! 

Kami ajar dari A-Z untuk korang dapatkan gaji yang korang nak!

Jom join >> Free Je  https://bit.ly/3twfgaZ