Bermula Sebagai Ejen, Kini Gula Gula Hacks Milik Rakyat Malaysia


by Maukerja Team
Bermula Sebagai Ejen, Kini Gula Gula Hacks Milik Rakyat Malaysia
Sebut sahaja gula gula hacks siapa lah yang tak tahu. Sudah tidak asing lagi gula gula hacks ini dikalangan rakyat Malaysia. Tapi adakah anda tahu bahawa gula gula hacks yang sebenarnya berasal daripada England ini dimiliki oleh rakyat Malaysia iaitu Datuk Seri Barkath Ali atau lebih dikenali sebgai Raja Hacks Dunia. HACKS adalah gula-gula berperisa buah yang merangkumi titisan ubat batuk dan gula-gula rebus (Honey Lemon, Blackcurrant, Mandarin Ginger and Clove & Apple). Titisan ubat batuk HACKS dibuat dari resipi tradisional Inggeris yang mengandungi campuran ekstrak herba unik untuk menghilangkan batuk dan sakit tekak. HACKS Honey Lemon gula-gula juga memberikan keselesaan yang menenangkan kerana dibuat dari madu murni dan minyak lemon yang kaya dengan Vitamin C. Selain ekstrak herba, HACKS menggabungkan mentol dan kayu putih unutk memberikan rasa manis dan menyenangkan.
Kisah Bermula Empayar Hacks
Kisah HACKS bermula pada tahun 50-an ketika Allahyarham Haji Abu Backer (ayah kepada Datuk Seri Barkath Ali) melihat potensi gula-gula batuk HACKS, lalu beliau terus menghubungi pengilang di England dan meyakinkan mereka untuk memberikan beliau hak sebagai ejen khas di Malaysia dan singapura . " Hasil kesungguhan arwah, beliau berjaya mendapatkan hak untuk menghasilkan sendiri Hacks di negara ini dan kami akhirnya berjaya mendirikan kilang di Mak Mandin, P. Pinang. Kini Hacks jadi milik kami...milik kita RAKYAT MALAYSIA SEPENUHNYA!," kata Datuk Seri Barkath Ali , WOW!!! Bermula Sebagai Ejen, Kini Gula Gula Hacks Milik Rakyat Malaysia
Kredit : www.nst.com.my
Kini empayar Hacks dimiliki oleh ahli Kumpulan Barkath yang kini berada di bawah pimpinan Dato ’Seri Barkath Ali, CEO, yang berkongsi visi dan sikap berorientasikan perkhidmatan ayahnya. Hari ini gula-gula HACKS terkenal dari generasi ke generasi dan mendapat kedudukan sebagai gula-gula herba No. 1 di Malaysia. Hari ini, HACKS adalah syarikat tempatan dengan prospek global dan merupakan salah satu jenama gula-gula terbesar di Malaysia. Kini HACKS mempunyai kilang hightech di Bukit Minyak yang mula beroperasi pertengahan 2014 di tanah seluas 6 ekar.
PELUANG PEKERJAAN BERSAMA HACKS MALAYSIA SDN BHD >> OPERATOR PENGELUARAN