Cara Dapatkan ‘Refund’ Walaupun Dah Tekan ‘Order Received’ Dari Shopee
# Trending Semasa

Cara Dapatkan ‘Refund’ Walaupun Dah Tekan ‘Order Received’ Dari Shopee

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Feb 26, 2021
pada 8:16 PM

Hari ni min tertonton satu video seorang wanita ni dia berkongsi cara bagaimana untuk mendapatkan ‘refund’ walaupun dah tekan ‘order received’ melalui shopee. Cara Dapatkan ‘Refund’ Walaupun Dah Tekan ‘Order Received’ Dari Shopee

Sebelum ni ramai yang ingat, kalau beli barang online tapi kita dapat tahu barang tu takboleh guna atau pun rosak selepas sebulan beli mesti takboleh dapatkan refund balik kan? Menurut perkongsian Ain Yusra melalui video yang dimuat naik melalui channel ML Studio, beliau berjaya mendapatkan full refund! Bukan tu je, pihak Shopee juga turut menanggung kos penghantaran semula kepada HQ mereka. 

 

Menarik bukan? Jom tengok bagaimana Ain lakukannya.

#1 Inform Seller

Korang boleh chat seller melalui feature chat di dalam aplikasi Shopee. Bagitahu seller yang korang nak refund kerana barang yang diperolehi mengalami kerosakkan atau tidak berfungsi dengan baik apa-apa yang berkaitan

 

#2 Chat Shopee Live

Korang boleh contact khidmat pelanggan secara atas talian melalui feature didalam aplikasi mereka. Disini nanti, pihak mereka akan meminta emel korang yang senang untuk dihubungi. Yelah, nanti kalau korang bagi emel yang dah lama takbukak, password pun dah lupa, tak ke jenuh agent shopee nak contact nanti?

 

#3 Kemukakan bukti kerosakkan

Kalau barang korang rosak dan tidak berfungsi, korang boleh ambil gambar atau video yang related dengan situasi korang. Lagi detail, lagi bagus. Senang pihak Shopee nak semak permohonan ganti rugi nanti. Menurut Ain, dia sertakan juga chat bersama seller sebagai bukti.

#4 Post Semula Barang kepada HQ selepas disahkan

Selepas tiga hingga empat hari membuat laporan, pihak shopee menghubungi wanita ini semula bagi mendapatkan ‘return’ barang yang rosak tersebut. Yang menariknya, Shopee juga turut menanggung kos penghantaran tersebut. Tengok tu, sangat bertanggungjawab. 

 

JANGAN BUANG RESIT

Tapi yang penting, pastikan korang takbuang resit postage tadi. Takkiralah korang pos menggunakan mana-mana perkhidmatan. J&T, DHL, Poslaju atau lain-lain, semua boleh asalkan JANGAN BUANG RESIT!

 

#5 Refund melalui online transfer atau ShopeePay

Kaedah refund yang disediakan pun mudah. Korang boleh pilih sama ada nak dapatkan refund melalui online transfer atau pun ShopeePay. Kalau min, min guna ShopeePay je. Senang nanti boleh shopping lagi!

 

Sekarang dah tahu? So lepasni korang takpayah risau kalau baru find out barang yang diperolehi takboleh guna walaupun dah tekan ‘order received’. Pihak Shopee sangat bertanggung jawab dalam memastikan kepuasan pengguna mereka. 

 

Sumber: ML Studio