Nak Kerja? Menjelang 2021, Butiran Digital Ini Yang 'Wajib' Letak Dalam Resume
# Pengetahuan Interview

Nak Kerja? Menjelang 2021, Butiran Digital Ini Yang 'Wajib' Letak Dalam Resume

post by Budak Bijok

by Budak Bijok

Mar 1, 2021
pada 10:20 PM

Industri pekerjaan di Malaysia memang semakin sukar kerana disebabkan wabak yang melanda seluruh dunia. Bukan hanya syarikat kecil dan sederhana namun syarikat yang berkapasiti besar juga turut menerima tempias yang sama. Jadi nak lerja? menjelang 2021, butiran digital ini yang 'wajib' letak dalam resume.

Apa itu butiran kandungan digital? Ya! sememangnya diperlukan oleh rata-rata syarikat sekarang kerana ekoran daripada penukaran normal baru. Semuanya digital daripada pekerjaan sehinggalah kehidupan. Antara butiran itu adalah

1. Kandungan Sosial Media 

Dalam resume anda harus letak platform social media peribadi anda seperti Facebook Page, Tiktok, Instagram. Youtube juga merupakan platform social media yang tengah naik sekiranya anda miliki juga boleh letak.

Kenapa letak? Disebabkan sekarang zaman digital tidak kira apa jua jawatan yang anda pegang atau dapat harus pandai mempromosikan diri sendiri dan juga syarikat. Pekerja yang serba boleh memang dicari oleh syarikat pada masa sekarang.

2. Resume Nampak Gah! 

Setiap resume yang anda sediakan haruslah menampilkan lain daripada lain iaitu dari segi font, kandungan, warna dan kekemasan. Semua elemen tersebut sangat memainkan peranan penting kerana ia menggambarkan seseroang yang datang temuduga tersebut.

Selain itu resume anda juga harus di letakan dalam fail yang tersusun rapi lengkap dengan sijil-sijil akademik, sukan dan kokorikulam. Semua itu memang akan dinilai oleh penemuduga.

3. Hasil Kerja 

Setiap hasil kerja haruslah diletakan dalam resume anda dan jadikan ia sebagai portfolio. Ini kerana setiap penemuduga ada yang ingin melihat hasil kerja sebelum ini untuk dijadikan bukti dan penilain. 

Sebabnya kalau bercakap sahaja ia tidak akan menarik minat yang begitu besar kepada penemuduga. Hasil yang bagus dengan persembahan yang ditunjukan dapat memukau hati penemuduga

4. Kemahiran pelbagai

Semua pekerjaan mempunyai kemahiran masing-masing tetapi tidak semuanya yang ada kemahiran pelbagai. Setiap kemahiran yang anda ada dan terasa unik harus diletakan di dalam resume. Terutamanya kemahiran digital yang diperlukan oleh setiap syarikat sekarang.

Contoh sekiranya anda merupakan seorang akauntan tetapi anda mempunyai kemahiran dalam bercakap atau berhadapan dengan camera itu akan membuatkan anda sudah lebih daripada orang lain. Oleh itu penemuduga akan mengambil anda bekerja dengan syarikatnya.

5. Maklumat diri

Dalam resume maklumat diri merupakan elemen sangat penting kerana pihak syarikat akan mengenal anda daripada maklumat yang akan diberikan. Oleh itu antara maklumat yang patut ada ada no telefon, email, alamat dan gambar.

Setiap maklumat yang diberikan haruslah tepat dan jangan sesekali membuat kesalahan ejaan kerana ia akan menyukarkan pihak penemuduga untuk hubungi sekiranya mereka berminat dengan anda.