[KINI DIBUKA] Cara Mohon i-Sinar KWSP Akaun 1 Tanpa Syarat, Bagi Yang Baru Dan Penukaran Jumlah Pengeluaran
# Pengetahuan Pekerja # Trending Semasa

[KINI DIBUKA] Cara Mohon i-Sinar KWSP Akaun 1 Tanpa Syarat, Bagi Yang Baru Dan Penukaran Jumlah Pengeluaran

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Oct 12, 2025
pada 11:28 AM

Tarikh permohonan i-Sinar KWSP Akaun 1 tanpa syarat telah pun dibuka tepat 12 malam tadi, 8 Mac 2021. Bagi pengeluaran akaun 1 ni memang takbanyak beza dengan permohonan yang terdahulu, cumanya kali ini tiada kriteria di perlukan untuk bawa keluar wang akaun 1. Sesiapa pun boleh  asalkan dalam akaun 1 korang takcukup jumlah tu, korang masih boleh bawa keluar tapi wajib ada minimum RM100 baki dalam akaun tau. Contohnya kalau dalam akaun 1 korang ada RM5,000, korang boleh bawa keluar RM4,900. [KINI DIBUKA] Cara Mohon i-Sinar KWSP Akaun 1 Tanpa Syarat,  Bagi Yang Baru Dan Rayuan Semula

Bagi yang masih belum mendapat kelulusan bagi permohonan terdahulu atau masih belum memohon, korang boleh memohon semula bermula hari ini. Selain itu juga, bagi mereka yang ingin  membuat pindaan jumlah keluar juga boleh menambah amaun pengeluaran.

Langkah 1: Pergi ke portal isinar.kwsp.gov.my 

Langkah 2: Masukkan No. Kad Pengenalan dan Nombor Telefon Bimbit. Selepas tu, korang diminta untuk memasukkan nombor OTP yang dihantar melalui nombor telefon yang diberikan tadi.

Langah 3: Sahkan Nama, Alamat, Email dan Nombor Telefon. Pastikan kesemua maklumat ini adalah yang terkini dan boleh dihubungi.

Langkah 4: Tetapkan jumlah pengeluaran yang korang nak mohon. Pastikan korang cek dulu baki akaun tau. Sebab kalau korang letak jumlah melebihi had, permohonan korang akan serta merta ditolak.

Langkah 5: Sahkan maklumat dan hantar. ALERT  di bahagian ni, korang pastikan dua tiga kali semak. Taknaklah takut tersalah maklumat ke apa kan.

Permohonan dibuka dari 8 Mac 2021 hingga 30 Jun 2021

Permohonan kali ini, KWSP membenarkan penggunanya untuk

1. Membuat permohonan baru

2. Pembatalan permohonan

3. Penukaran maklumat dan amaun

 

Tips elak permohonan ditolak mentah-mentah oleh KWSP:

1. Pastikan maklumat seperti Nama, Kad Pengenalan, Nombor Telefon dan Email dieja dengan betul dan sama dengan maklumat yang digunakan untuk mendaftar KWSP.

2. Jumlah pengeluaran tidak melebihi had yang ada dalam Akaun 1. Contohnya, kalau dalam akaun korang ada RM5,000 sahaja, pastikan ketika tetapan jumlah pengeluaran, korang takletak jumlah yang lebih dari itu. 

Menurut pihak KWSP juga, bermula 8 Mac 2021 (Isnin), semua cawangan KWSP seluruh negara akan beroperasi dari jam 8.30 pagi hingga 4 petang untuk semua perkhidmatan yang disediakan.

Demi kesihatan dan kesejahteraan bersama serta memastikan kelancaran urusan anda sila buat Janji Temu Online (https://kwsp.gov.my/ms/janjitemu) sebelum hadir ke mana-mana cawangan KWSP.

Anda juga dinasihatkan untuk mematuhi SOP semasa berurusan di kaunter sebagai langkah untuk mencegah penularan COVID-19.

Nak Cari Kerja? Jom Guna Tools Kerjaya Ni:

Senarai Kerja Kosong TOP Di Portal Maukerja Yang Anda Boleh Mohon: