Laptop Korang Slow? Ini Cara Mudah Format Laptop Sendiri, Free Pulak Tu
# Gaya Hidup

Laptop Korang Slow? Ini Cara Mudah Format Laptop Sendiri, Free Pulak Tu

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Mar 8, 2021
pada 10:36 AM

Musim sekarang ni penggunaan laptop sangat maksima. Mak ayah nak guna untuk kerja, anak ada 3 orang pulak. Semua nak guna laptop. Makin ramai yang guna, makin tinggi kapasiti penggunaan. Kalau sesiapa yang guna model yang agak lama tu, pastinya laptop korang mudah ‘hang’ atau ‘lag’. Jadi dekat sini, team Maukerja nak kongsi cara format laptop yang korang boleh buat sendiri di rumah. Laptop Korang Slow? Ini Cara Mudah Format Laptop Sendiri, Free Pulak Tu

Ada 5 situasi yang memerlukan korang untuk format laptop.

Pertama, bila window takboleh nak buka. Maksudnya nak turn on, langsung takboleh walaupun korang dah charge bateri laptop tu sampai penuh.

Kedua, bila PC atau lapto korang slow. Yang ni korang boleh rasa sendiri tahap slow tu. Contoh bila turn on laptop atau PC tu loading sangat lama. Biasa 10 saat, tapi ni seminit pun tak on lagi. Ataupun, masa korang nak open mana-mana folder, ambil masa yang lama untuk open folder tersebut. 

Ketiga, terlalu banyak ‘sampah’ dalam PC atau laptop. Contoh banyak gambar atau document yang korang takperlukan lagi tapi korang malas nak delete satu per satu. Terlalu banyak unused document dalam desktop atau pC juga adalah salah satu sebab desktop korang jadi lembap/ slow.

Keempat, sistem didalam laptop atau PC mudah ‘crash’ atau freeze. Kalau kerap sangat terjadi, ini adalah satu sign korang perlu format laptop. Orang yang guna desktop model lama membiasa sangat mengalami masalah ni. 

 

Kelima, PC atau laptop korang ada virus. Biasanya laptop akan bagi warning bila korang mengalami masalah ni. Masalah ni terjadi bila korang ada melayari website atau cookies yang pelik tanpa sengaja.

 

Cara untuk format:

Back up dulu document yang penting. Korang boleh transfer dalam hardisk atau google drive buat sementara waktu. Kalau korang ada save password dalam google browser, pastikan korang copy dulu semua maklumat tu. Sebab, once korang dah format, semua maklumat akan hilang, termasuk setiap server yang korang login akan jadi auto log out.

  • Sekarang kita dah masuk bahagian format sebenar. Ada 3 cara macam dekat gambar bawah ni

  • Takpaham partition disk tu apa? Biasa nampak nama “:C” “:D” dalam laptop? 

  • Restart PC dan tekan format button. Selepas tu dia akan bertukar menjadi recovery mode.

  • Kalau PC atau Desktop korang masih lembap selepas format maksudnya..


    Tips ini dikongsi oleh rakan Twitter @Amendaaaaaaaaa , ikuti beliau untuk baca lebih lanjut tentang tips ini DI SINI