Padah Kerja Sampai 105 Jam Sebulan, Pekerja Ini Akhirnya Bunuh Diri Akibat Tekanan
# Pengetahuan Pekerja

Padah Kerja Sampai 105 Jam Sebulan, Pekerja Ini Akhirnya Bunuh Diri Akibat Tekanan

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Jan 8, 2022
pada 7:48 PM

Kalau ditanya mengenai negara yang mempunyai rakyat yang bekerja keras dan sanggup kerja lebih masa, pasti  nama negara pertama yang muncul di fikiran kita adalah Jepun, memang tak dinafikan lagi bahawa bekerja lebih masa itu sudah menjadi 'budaya' mereka. Padah Kerja Sampai 105 Jam Sebulan, Pekerja Ini Akhirnya Bunuh Diri Akibat Tekanan

Bekerja 10 jam hingga 11 jam sehari tanpa dibayar dianggap satu perkara normal bagi mereka, Asian Boss yang merupakan laman bagi merungkai kehidupan budaya di Asia menjalankan penyelidikan terhadap kehidupan warga Jepun yang bekerja lebih masa.

'Street Interview' dijalankan bersama beberapa individu untuk memperoleh info dan pandangan mengenainya, pada awal sesi tersebut mereka menjawab dengan penuh semangat dan memberi gambaran positif.

Namun pendirian mereka mula berubah kearah  negatif setelah Asian Boss cuba mengupas tentang isu seorang pekerja bunuh diri kerana 'overworked' yang kecoh sekitar hujung tahun lepas, dan sekaligus isi hati mereka sebagai seorang pekerja bawahan terserlah.

"What Japanese Think Of Death For Overwork"

Dengan pendedahan yang diberikan ini, kita dapat gambaran bahawa mereka sebenarnya tidaklah begitu gembira dengan 'budaya kerja' yang diterapkan. Atas kejadian malang yang menimpa Matsuri Takahashi ini cukup menyedarkan mereka semua.

Namun dapat dilihat, rata-rata interviewee berpandangan kebanyakkan mereka bekerja lebih masa adalah kerana culture tempat kerja itu sendiri.

"Bila masa balik, tapi kita tengok pekerja lain masih lagi bekerja keras menyiapkan tugasan. Secara taklangsung kita rasa pressure melihat situasi itu."

"Dia macam, how dare you balik dulu sebelum boss balik. Walaupun jam dah menunjukkan waktu kerja sudah tamat."

Sinopsis Mengenai Kisah Matsuri Takahashi Yang Bunuh Diri Kerana Kerja Overtime 105 Jam Sebulan

Matsuri Takahashi merupakan seorang pekerja bertaraf junior yang "dipaksa" bekerja lebih masa sehingga 105 jam dalam masa sebulan. Ekoran dengan kejadian itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Tadashi Ishii dari syarikat tersebut meletak jawatan. 

Tadashi Ishii, CEO

Nak jadi workaholic atau orang bertanggungjawab terhadap kerja tu takde masalah, tapi "know your limit". Kalau kerja korang dah siap, sampai masak balik, kau balik. Sampai masa makan, kau pergi makan. Memang hidup ini perlukan duit, tapi duit tu takboleh beli kesihatan dan keluarga korang.

Sumber : Asian BossCNN Money