3 Jenis Vaksin Yang Digunakan Malaysia, Ini Fungsi Dan Kesan Yang Korang Perlu Tahu
# Trending Semasa

3 Jenis Vaksin Yang Digunakan Malaysia, Ini Fungsi Dan Kesan Yang Korang Perlu Tahu

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Mar 15, 2021
pada 3:18 PM

Sehingga hari ini, lebih 5 juta rakyat di Malaysia telah mendaftar sebagai penerima vaksin melalui aplikasi MySejahtera. Namun begitu, masih ramai yang belum cakna mengenai jenis-jenis vaksin yang digunakan oleh Malaysia. 3 Jenis Vaksin Yang Digunakan Malaysia, Ini Fungsi Dan Kesan Yang Korang Perlu Tahu

Untuk pengetahuan korang, terdapat 5 jenis pengeluar vaksin yang digunakan oleh negara yang telah pun selamat mendarat bagi batch pertama pada bulan februari 2021. Antara jenis-jenis vaksin pengeluar vaksin yang telah mendapat kelulusan dari Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), dan juga Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) yang Malaysia terima dan guna pakai: 

  1. Pfizer – Amerika Syarikat
  2. AstraZeneca – United Kingdom
  3. Sinovac – China
  4. CanSino Biologics – China
  5. Sputnik V – Rusia

Dari kelima pengeluar vaksin yang ditempah, kerajaan menggunakan 3 jenis vaksin yang berbeza dan mempunyi fungsi dan kesan yang tersendiri bagi melawan virus ini.

#1 Vaksin mRNA

Pengeluar vaksin jenis ini dikeluarkan oleh Pfizer. Fungsinya, vaksin jenis ini menggunakan molekul mRNA, yang mana ianya dapat merangsang imuniti manusia dengan mensasarkan protein yang terdapat pada virus.

#2 Vaksin Vektor Virus

Terdapat tiga Pengeluar bagi vaksin jenis ini iaitu: AstraZeneca, CanSino Biologics dan Sputnik V. Cara vaksin ini berfungsi sedikit berbeza sengan jenis yang pertama dimana vaksin ini pula menggunakan virus pembawa yang dikenali sebagai vektor yang tidak merbahaya, bagi menyampaikan bahan genetik virus sasaran supaya merangsangkan tindak balas imun manusia.

#3 Vaksin Nyahaktif

Bagi vaksin jenis, pengeluarnya adalah dari Sinovac. Vaksin jenis ini berfungsi dengan menggunakan virus yang telah dimatikan dan digunakan untuk merangsang tindak balas imun manusia.

Secara kasarnya untuk mudah difahami, ketiga-tiga jenis vaksin ini adalh dengan bertindak meransang imuniti manusia menggunakan cara yang berbeza.

KESAN SAMPINGAN VAKSIN KE ATAS MANUSIA

Kesan sampingan yang dialami selepas mendapatkan suntikan bagi setiap individu mungkin berbeza. Mengikut pakar, ini adalah antara kesan yang boleh korang jangkakan selepas menerima suntikan vaksin

  1. Sakit, bengkak atau kemerahan pada tempat yang disuntik.
  2. Berasa penat
  3. Sakit kepala
  4. Menggigil
  5. Sakit sendi
  6. Demam
  7. Loya
  8. Rasa tidak sihat
  9. Timbul bengkak di kelenjar limfa

Haa, sekarang dah tahu dan faham? Jangan lupa kongsi artikel ini kepada saudara terdekat korang pula agar kita sama-sama dapat meningkatkan kesedaran pengambilan vaksin bagi mencegah virus jahat ini. 

Kalau korang masih belum mendaftar untuk mendapatkan vaksin,korang boleh berbuat demikian melalui aplikasi MySejahtera atau layari laman sesawang ini.