Mohon Bantuan RM3,000 Kepada Agensi Pelancongan Berdaftar Dengan MOTAC
# Trending Semasa

Mohon Bantuan RM3,000 Kepada Agensi Pelancongan Berdaftar Dengan MOTAC

post by Budak Bijok

by Budak Bijok

Mar 16, 2021
pada 9:47 PM

Kerajaan bersetuju menyalurkan Geran Bantuan Khas secara 'one-off' Bantuan RM3,000 kepada lebih 5,000 agensi pelancongan yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Kerajaan juga bersetuju menyediakan bantuan tunai secara 'one-off' sebanyak RM600 kepada pengusaha 'homestay' yang berdaftar dengan MOTAC. Bantuan itu dijangkakan dapat memanfaatkan lebih 4,000 tuan rumah atau pengusaha Program Pengalaman Homestay.

Industri pelancongan adalah antara sektor yang terjejas teruk akibat penularan wabak COVID-19. Bagi mengurangkan beban dan menyokong pemulihan sektor ini, kerajaan akan melanjutkan pengecualian cukai pelancongan dan cukai perkhidmatan ke atas penginapan yang disediakan oleh pengendali hotel sehingga 31 Disember 2021.

Melanjutkan galakan cukai kepada syarikat pengendali pelancongan sehingga tahun taksiran 2022; membenarkan penangguhan pembayaran ansuran cukai pendapatan bulanan mulai 1 April hingga 31 Disember 2021 kepada syarikat industri pelancongan dan industri terpilih seperti panggung wayang dan spa.

Memberi pengecualian duti hiburan ke atas bayaran kemasukan ke tempat hiburan seperti taman tema, persembahan pentas, acara sukan dan pertandingan serta tayangan filem pawagam di semua Wilayah Persekutuan.

Kerajaan juga memperluas skop pelepasan khas cukai pendapatan individu sehingga RM1,000 untuk meliputi perbelanjaan pembelian pakej pelancongan melalui ejen pelancongan yang berdaftar dengan MOTAC.

Kerajaan turut memberi pengecualian levi Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) bagi syarikat sektor pelancongan dan peruncitan yang terjejas untuk tempoh sehingga Jun 2021.

Pemberian diskaun khas bil elektrik sebanyak 10 peratus akan dilanjutkan selama tiga bulan lagi sehingga 30 Jun ini. Dengan pemanjangan tempoh diskaun ini, kerajaan akan menanggung jumlah kos sebanyak RM135 juta.

Untuk anda yang follow blog Maukerja jangan terima kasih dan jangan lupa teruskan mendapatkan info-info menarik. Malah untuk anda belum follow sila singgah tau dan korang yang tengah mencari kerja kosong boleh lawat di portal Maukerja. Pelbagai jenis pekerjaan yang kami update di sana. Jom join group telegram kami untuk dapat terus update ke phone anda.