Kerajaan akan meneruskan bantuan Geran Khas Prihatin 3.0 (GKP 3.0) pada tahun 2021 ini untuk membantu kelangsungan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) yang berkelayakan dengan bantuan RM1,000.


by Budak Bijok
Kerajaan akan meneruskan bantuan Geran Khas Prihatin 3.0 (GKP 3.0) pada tahun 2021 ini untuk membantu kelangsungan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) yang berkelayakan dengan bantuan RM1,000.
Berikut adalah maklumat lanjut tentang Geran Khas Prihatin 3.0.
Inisiatif ini akan memanfaatkan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.
Bantuan one-off ini dibuka kepada mana-mana PKS yang layak dan belum pernah menerima GKP sebelum ini.

Permohonan Geran Khas Prihatin 3.0 akan dibuka mulai 1 April 2021.
Jumlah Bantuan Geran Khas Prihatin 3.0
Jumlah bantuan ialah RM1,000 secara one-off kepada PKS yang layak.
Syarat kelayakan GKP yang terkini belum diumumkan lagi, namun berikut adalah syarat kelayakan bagi GKP 2.0 yang sebelumnya untuk panduan kita:
Segala maklumat lanjut tentang Geran Khas Prihatin yang terkini akan diperincikan dan diumumkan melalui laman web https://gkp.hasil.gov.my/ dalam masa terdekat ini.
Jadi, buat PKS yang belum berdaftar, anda bolehlah mendaftar dengan SSM terlebih dahulu jika anda ingin membuat permohonan GKP yang akan datang ini.
Untuk anda yang follow blog Maukerja jangan terima kasih dan jangan lupa teruskan mendapatkan info-info menarik. Malah untuk anda belum follow sila singgah tau dan korang yang tengah mencari kerja kosong boleh lawat di portal Maukerja. Pelbagai jenis pekerjaan yang kami update di sana. Jom join group telegram kami untuk dapat terus update ke phone anda.