Siapa Jalil Rasheed? Sehingga Dilantik Sebagai CEO Kumpulan Berjaya
# Gaya Hidup

Siapa Jalil Rasheed? Sehingga Dilantik Sebagai CEO Kumpulan Berjaya

post by Budak Bijok

by Budak Bijok

Mar 18, 2021
pada 9:13 AM

Pernah mencipta nama dan kejutan menerusi perlantikan sebagai CEO Permodalan Nasional Berhad (PNB) pada tahun 2019 lalu, Jalil Rasheed nampaknya sekali lagi menjadi pilihan syarikat besar iaitu Berjaya Corporation Bhd (Bcorp) dalam mengemudi jawatan CEO kumpulan bermula 16 Mac lalu.

Apa yang menarik perhatian ramai menerusi perlantikan Jalil Rasheed selain usianya yang masih muda untuk jawatan yang disandang, beliau juga secara tidak langsung berjaya menjadi CEO pertama Bcorp yang bukan daripada keluarga Tan Sri Vincent Tan.

ezgif-3-4adb93dc7636

Mengulas dari segi pengalaman, beliau yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang pelaburan dan bisnes sepanjang berkhidmat di Britain, Amerika Syarikat, Singapura dan Malaysia antara yang menjadi faktor Bcorp berminat untuk mendapatkan khidmat beliau.

Menerusi perlantikan yang dibuat, beliau ditugaskan untuk menstruktur korporat Bcorp, pengurusan sumber manusia dan juga kewangan syarikat di samping memberi lebih penekanan kepada lebih banyak peluang perniagaan di bawah Bcorp.

Sehubungan dengan perlantikan Jalil Rasheed, saham Bcorp dilihat terus melonjak 17.95% kepada 23 sen sekaligus menunjukkan keyakinan pelabur terhadap pimpinan Jalil Rasheed mengemudi Bcorp sebagai CEO kumpulan.

Siapa Jalil Rasheed?

Jalil Rashid dilantik sebagai CEO PNB menggantikan Datuk Abdul Rahman Ahmad yang kontraknya tamat pada 30 September 2019. Pelantikan ini turut mendapat tempat di dalam sejarah apabila Jalil telah menjadi Presiden dan Ketua Eksekutif paling muda sejak PNB ditubuhkan pada 17 Mac 1978.

Sebelum dilantik, anak kelahiran Raub, Pahang ini adalah pemegang ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang Perakaunan dan Kewangan (Kepujian) dari London School of Economics & Political Science (LSE), United Kingdom.

Jalil mula bekerja pada tahun 2003 sebagai pelatih graduan di Aberdeen Standard Investments dan kemudian dilantik sebagai Pengurus Pelaburan dan seterusnya Ketua Ekuiti sebelum menjawat jawatan Ketua Pegawai Eksekutif di Aberdeen Islamic Asset Management pada tahun 2010.