‘Tak Sensitif Langsung’ Instafemes Tayang Rentas Negeri Pergi Honeymoon, Undang Tidak Puas Hati Netizen
# Trending Semasa

‘Tak Sensitif Langsung’ Instafemes Tayang Rentas Negeri Pergi Honeymoon, Undang Tidak Puas Hati Netizen

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Mar 18, 2021
text.at 11:44 AM

Sehingga hari ini, Malaysia masih lagi mencatatkan kes harian 4 angka. Namun begitu. Dari kes 3 hingga 4 ribu, kita telah berjaya mengurangkan ke angka satu ribu sahaja dalam sehari. ‘Tak Sensitif Langsung’ Instafemes Tayang Rentas Negeri Pergi Honeymoon, Undang Tidak Puas Hati Netizen

 

Terima kasih kepada pihak frontliners kerana kecekapan frontliner yang bertugas. Baru-baru ini MKN telah mengumumkan, tiada lagi rentas negeri dibenarkan. Namun begitu, kalau korang ada sebab yang kritikal untuk rentas negeri seperti berubat ke, saudara-mara meninggal dan sebagainya, kelonggaran dan budi bicara pihak berwajib akan diberi.

Bangga berjaya rentas negeri untuk pergi honeymoon

Tapi janganlah korang salahguna kelonggaran yang diberikan. Macam ‘instafamous’ ini, beliau telah memuatnaik gambar bersama pasangan untuk pergi honeymoon dan mencetuskan kemarahan netizen kerana tidak sensitif dengan keadaan semasa. Orang lain nak mohon melawat ibu bapa dikampung pun, takboleh, inikan pula nak buat aktiviti bersuka ria. Haih 

Siap buat sesi soal jawab lagi macam mana nak rentas negeri.

Rentas negeri guna alasan apani? Honeymoon!

"Boleh ke guna alasan honeymoon untuk rentas negeri?"

"Boleh sebab dah booked sejak December. Tapi kalau polis tempat korang jenis strict, pandai-pandailah hadap"

 

Menurut jawapan yang di post di ‘IGStory’ beliau, Datin Inaz hanya ke bali polis dan menyatakan sebab untuk ber’honeymoon’ bagi tujuan rentas negeri dan telahpun mendapat kelulusan dari pihak polis.

“Siap ajar lagi cara nak dapatkan kelulusan walaupun tahu cara tu salah.

“Kita tengah sama-sama nak kurangkan kes jangkitan. Ramai lagi yang ada hal emergency nak balik tapi taklepas sebab SOP tak benarkan"

Ada juga yang berasa instafamous terbabit tidak bersalah. Kerana beliau sudah mendapatkan kelulusan dari pihak polis.

Dimaklumkan, pasangan terbabit telah pun menukar status privacy akaun mereka kepada ‘private’.

 

Sama-samalah kita mematuhi SOP. Pihak berkuasa pun sedang giat laksankan kompound tu. Jangan sebab kita nak bersuka ria, tapi malangnya kita pulak yang terjangkit. Kan dah menyusahkan frontliner lagi tu. Nauzubillah.