PEMERKASA 2021 : Bantuan E-wallet Sebanyak RM150 Kepada Golongan Belia Mohon Sekarang!
# Trending Semasa

PEMERKASA 2021 : Bantuan E-wallet Sebanyak RM150 Kepada Golongan Belia Mohon Sekarang!

post by Budak Bijok

by Budak Bijok

Mar 18, 2021
pada 9:35 PM

Pihak Kerajaan melalui Program eBelia akan mengkreditkan RM150 secara one-off ke dalam akaun ewallet untuk menggalakkan budaya transaksi tanpa tunai dalam kalangan belia kita pada hari ini.

Ada yang dengar semasa Abah (PM) membuat ucapan hampir satu jam tu? Korang ni kena lah rajin dengar sebabnya semua yang dinyatakan itu untuk kita semua bukannya untuk kepentingan politik.

Melalui Mengumuman PEMERKASA yang telah dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin 2 hari lalu, program eBelia ini adalah merupakan salah satu program yang bakal ditambah baik daripada yang terdahulu.

 

JUMLAH BANTUAN E-WALLET

Dalam Belanjawan 2021 sebelum ini, ia telah dinaikkan kepada RM100. Manakala jumlah bantuan terkini yang diumumkan melalui PEMERKASA adalah :

  • Sebanyak RM 150

TARIKH PENGKREDITAN E-WALLET

Pengkreditan e-wallet 2021 akan dilakukan bermula pada Jun ini.

GOLONGAN SASARAN E-WALLET BELIA

Program eBelia ini dikhususkan untuk 2 golongan sasaran berikut iaitu:

  • Golongan belia berusia antara 18 hingga 20 tahun
  • Pelajar pendidikan tinggi sepenuh masa

Bantuan akan memanfaatkan dua juta orang dengan peruntukan RM300 juta.

 

CARA MOHON 

  • Sila muat turun aplikasi TNG e-Wallet/Boost/Grab
  • Sila isi maklumat peribadi anda dengan lengkap
  • Sila pastikan anda membuat verifikasi akaun mengikut arahan
  • Akhir sekali, sila tunggu pengkreditan e-wallet dan sekiranya anda layak pengkreditan akan dibuat ke akaun anda. 
  •  

BANTUAN LAIN UNTUK GOLONGAN MUDA

Pemerkasaan Ekonomi Bandar (PEKB) akan diperluas dengan tambahan peruntukan RM10 juta dengan menjadikan peruntukan keseluruhan sebanyak RM21 juta.  Hal ini bertujuan bagi menggalakkan penyertaan anak muda bandar dalam program keusahawanan.

Untuk anda yang follow blog Maukerja jangan terima kasih dan jangan lupa teruskan mendapatkan info-info menarik. Malah untuk anda belum follow sila singgah tau dan korang yang tengah mencari kerja kosong boleh lawat di portal Maukerja. Pelbagai jenis pekerjaan yang kami update di sana. Jom join group telegram kami untuk dapat terus update ke phone anda.

Jadi lepas ini ingat ya semua jangan lupa menonton live daripada Perdana Menteri kita yang berwibawa itu. Tak payah ambil masa begitu lama cukup sekadar mengetahui isi-isi penting.