Bayi 18 Hari Maut, Dijangkiti Virus 2 Jam Selepas Dicium Saudara
# Trending Semasa

Bayi 18 Hari Maut, Dijangkiti Virus 2 Jam Selepas Dicium Saudara

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Mar 19, 2021
pada 6:50 PM

Semua orang sukakan kanak-kanak dan bayi. Yelah, bayi yang kecil dan comel tu, sesiapa je yang tengok pasti akan geram. Bila geram tu lah mulalah kita rasa nak gomol je. Tambah pula dengan bau mereka yang ‘lemak-lemak’ tu. Haih, siapa je yang tak cair. Bayi 18 Hari Maut, Dijangkiti Virus 2 Jam Selepas Dicium Saudara

Tapi tahukah korang, bayi lebih cenderung dan mudah terkena jangkitan dari luar. Ini kerana antibodi mereka yang lemah. Jom baca perkongsian doktor ini mengenai bayi dan apa yang patut korang buat dan JANGAN BUAT bila jumpa bayi!

Banyak je tempat lain sebenarnya kita boleh cium tapi tolonglah jangan cium kat mulut bayi sebab tu mungkin boleh jadi punca si comel tu pergi buat selama-lamanya! 

Ada satu kes ni terjadi pada bayi yang usianya baru 18 hari. Dalam masa 2 jam je lepas dicium oleh ahli keluarga yang lain, mak nya perasan dia dah mula lembik dan tak nak menyusu.

Apa lagi, kelam kabut terus ke hospital. Sampai je kat sana, tengok-tengok pernafasannya pulak bermasalah dan organ badan sebahagiannya gagal berfungsi. 

 

Kesian sangat. Bila disiasat, barulah tahu rupanya si kecil tu mengalami jangkitan virus Herpes yang tersebar melalui ciuman.

Tak salah kita ni suka sangat kat budak, sayang benar kat anak. Kadang tu punyalah cute dia orang ni sampaikan rasa nak cubit-cubit pipi tembam tu. Nak cium-cium dan tak nak lepaskan sebab best sangat bau baby.

Tapi kalau kita sengaja cium kat mulut dia, banyak kuman yang terdapat pada mulut berisiko untuk berpindah ke tubuh si comel tu.

Pada kita ni, jangkitan seperti virus RSV, penyakit Hand, Mouth and Foot disease, Herpes HSV-1 boleh jadi tak bagi kesan sikit pun.

Malangnya kalau terjangkit pada baby, tubuh mereka akan jatuh sakit, tenat dan paling menakutkan bila seluruh organ penting dalam badan gagal berfungsi lalu mengakibatkan kematian.

 

Jadi korang yang ada anak kecil ni kenalah beringat sikit ye: 

1. Selalu cuci tangan dulu sebelum sentuh bayi dan ELAKKAN CIUM MULUT BAYI. 

2. Jangan terima pelawat yang tak sihat terutamanya kalau ada yang selsema, demam, batuk, dan sakit badan.

3. Halang perokok dari datang dekat dengan bayi kita sebab habuk rokok yang melekat dekat badan tu boleh buatkan saluran pernafasan si comel tu meradang dan sesak nafas.

4. Kerapkan cuci permainan bayi dengan air dan sabun. Saya percaya, nak jadi mak ayah yang terbaik, kita kena tahu ilmu penting begini sebab kitalah frontliner yang bertanggungjawab untuk lindungi kesihatan si kecil kita tu. 

 

Tolong share info penting ni dengan mak ayah yang lain jugak ye.