Sejak semalam tular di media sosial satu video memperlihatkan aksi seorang rider makanan yang dipercayai seorang penghantar makanan menunggang motosikal di sebuah trek ‘motocross’


by Budak Bijok
Sejak semalam tular di media sosial satu video memperlihatkan aksi seorang rider makanan yang dipercayai seorang penghantar makanan menunggang motosikal di sebuah trek ‘motocross’
Menerusi video tersebut, rider berkenaan yang menunggang motosikal jenis moped dipercayai Honda Future dilihat turut bersaing bersama beberapa jentera motocross yang sedang beraksi di trek berkenaan.
Namun apa yang mencuri tumpuan adalah rider tersebut seolah menyedari kemampuan motosikalnya apabila mengelak dari melalui tanjakan tinggi sebaliknya melalui jalan mudah yang terdapat disebelah tanjakan tersebut.
Selain itu dia juga dilihat hampir terbabas sewaktu sedang membelok di selekoh yang berada selepas tanjakan tersebut.
Meskipun tiada sebarang info tentang lokasi atau waktu video tersebut dirakam, dan ada yang mendakwa video berkenaan sudah lama, aksi rider tersebut bagaimanapun nyata menarik perhatian netizen.
Ramai yang meluahkan rasa terhibur mereka dengan aksi luar biasa dari rider tersebut. Tapi hampir terjatuh weh! admin tengok pun seram. Kalau korang tengok macam mana pulak?
Ada juga yang berpendapat mungkin si rider cuba menghantar pesanannya kepada pelumba didalam litar berkenaan sehingga terpaksa masuk dan mengejarnya di sana.
Setakat artikel ini ditulis video ini sudah ditonton sebanyak 205,000 kali, meraih 9,000 tanda suka serta diulang ciap sebanyak hampir 9,000 kali.
Untuk anda yang follow blog Maukerja jangan terima kasih dan jangan lupa teruskan mendapatkan info-info menarik. Malah untuk anda belum follow sila singgah tau dan korang yang tengah mencari kerja kosong boleh lawat di portal Maukerja. Pelbagai jenis pekerjaan yang kami update di sana. Jom join group telegram kami untuk dapat terus update ke phone anda.