[VIDEO] Founder Selamba Mengaku Tak Follow SOP Ketika Majlis Pelancaran Baju Raya
# Trending Semasa

[VIDEO] Founder Selamba Mengaku Tak Follow SOP Ketika Majlis Pelancaran Baju Raya

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Mar 24, 2021
pada 2:53 PM

Aduhai, kes jangkitan di Malaysia masih lagi cecah 4 angka, tapi ramai lagi orang selfish yang tak nak follow SOP ni. Memanglah kerajaan sudah mula bagi kelonggaran untuk kita lakukan aktiviti berkumpul, tapi tidak bermakna korang boleh sesuka hati je langgar SOP yang sudah digariskan olek Majlis Keselamatan Negera dan juga Kementerian Kesihatan Malaysia. [VIDEO] Founder Selamba Mengaku Tak Follow SOP Ketika Majlis Pelancaran Baju Raya

Terbaru, sebuah jenama pakaian terkenal ini mengadakan majlis perlancaran koleksi baju raya sempena Aidilfitri tidak lama lagi. Event yang berlangsung malam tadi ditayangkan khas di Youtube dan Facebook jenama terbabit (Leeyanarahman.co).

 

Namun begitu, difahamkan juga, ada beberapa jemputan yang turut hadir semasa fashion show dijalankan. Malang sekali pihak majlis didapati tidak mematuhi SOP yang ditetapkan setelah sekeping gambar dimajlis itu tular di laman Instagram. Tanpa ada penjarakan 1 meter antara tetamu dan juga keramaian penonton di bangku tidak memakai topeng penutup muka.

 

"Memang harini SOP tak ada langsung. Kalau saman boleh claim dengan company"

Lagi membimbangkan apabila Founder jenama itu sendiri tanpa segan silu bergurau menyatakan “Memang harini SOP tak ada langsung. Kalau saman boleh claim dengan company”.

"Kalau kena, jadi cluster Lyanarahman Glorious Raya"

Video yang berdurasi 15 saat itu mendapat kritikan dari netizen kerana sikap founder yang selamba mengaku tidak follow SOP.

"Ini bukan masalah takut kena saman ke tak. Ini masalah kalau kena jangkit nanti, banyak orang akan susah"-netizen


Haih, janganlah takfaham bahasa sangat. Ingat tak penat ke frontliner bertukus lumus membantu orang yang terkena jangkitan. Lagi nak layan orang yang sengaja tak follow SOP ketika pandemik. Mereka pun ada keluarga nak kena jaga. Susah sangat ke nak bagi kerjasama?