Kenapa Watak Upin & Ipin Botak? Rupanya Ini Sebabnya
# Others

Kenapa Watak Upin & Ipin Botak? Rupanya Ini Sebabnya

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Mar 28, 2021
pada 2:16 PM

Bila cakap pasal Upin & Ipin, mesti ayat ''Betul! Betul! Betul!'' yang pertama akan keluar daripada mulut korang. Siapa je yang tak kenal dengan dua watak animasi yang famous ni. Pertama kali diperkenalkan di sebuah stesyen TV iaitu TV9 ketika bulan puasa, animasi ni telah mendapat sambutan hangat daripada penonton. Bukan saja kanak-kanak, orang dewasa pun minat!

Di sebalik animasi ini, banyak fakta menarik yang korang mungkin tak tahu tentang animasi ini. Berikut adalah perkongsian dari Blog Mohd Zarin. Antaranya...

 

1. Botak sebab nak jimat kos!

Ni memang fakta ye. Disebabkan nak kurangkan kos penghasilan dan simulation hair di dalam 3D, kedua-dua watak ini dihasilkan dalam keadaan tidak berambut. Ia masih dikekalkan sehingga kini.

 

2. Masa suntuk, watak ibu bapa tak dapat dihasilkan

Ini lagi satu fakta unik tentang Upin & Ipin. Rupanya, watak ibu bapa kepada Upin & Ipin tak dapat dihasilkan kerana kesuntukan masa dengan deadline episod Hari Raya pada musim pertama. Disebabkan ini, Les’ Copaque Production memutuskan untuk tidak mewujudkan watak ibu bapa mereka.

 

3. Rupanya Upin & Ipin bukan watak utama dalam filem  Geng Pengembaraan Bermula?

Pada asalnya watak Upin & Ipin hanyalah watak kanak-kanak di tepi jalan yang membantu Badrul dan Lim untuk memberi arah arah jalan ke rumah Tok Dalang. Tetapi selepas populariti siri Upin & Ipin pada tahun 2007 akhirnya Les’ Copaque Production menambah penglibatan Upin & Ipin di dalam filem Geng yang ditayangkan di pawagam pada tahun 2009. Ohh...

 

4. Tak dipandang di mana stesyen TV pun!

Pada awalnya, cerita ini tidak diambil oleh mana-mana stesyen TV pun. Hanya Allahyarham Bukhari Che Muda, bekas bos TV9 saja yang mempunyai kepercayaan awal terhadap Upin & Ipin dan memberi peluang untuk disiarkan di TV9. Allahyarham terus bersetuju untuk menyiarkan siri Upin & Ipin pada tahun 2007 apabila salah seorang kakitangannya tergelak-gelak mendengar dialog Upin & Ipin tanpa melihat visualnya yang ketika itu sedang dipasang di dalam bilik meeting untuk sesi screening.

 

5. Lagu tema bertujuan eratkan hubungan Malaysia dengan Indonesia

Lagu tema ''Sahabat Selamanya'' dihasilkan oleh band Indonesia yang terkenal iaitu band Padi dengan kerjasama Les’ Copaque Production. Tujuan lagu ini dihasilkan adalah bagi mengeratkan hubungan antara negara Malaysia dengan Indonesia. Kata vokalis band ini, Fadly, lagu ini dihasilkan dengan baik sekali kerana anaknya sendiri mendesak supaya lagu ini disiapkan segera.