[TERKINI] Cara Mohon Bantuan Modal Perniagaan RM3000 Seorang
# Gaya Hidup

[TERKINI] Cara Mohon Bantuan Modal Perniagaan RM3000 Seorang

post by Budak Bijok

by Budak Bijok

Mar 29, 2021
pada 10:38 AM

[TERKINI] Cara Mohon Bantuan Modal Perniagaan RM3000 Seorang | Alhamdulillah, di kala kita semua sedang berjuang bangkit semula untuk meneruskan kelangsungan hidup dan perniagaan, ada sahaja pihak yang sudi membantu merealisasikan impian ini tidak kira sama ada kerajaan mahupun syarikat persendirian.

Terbaru, Maukerja ingin berkongsikan berita baik untuk peniaga di mana Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperuntukkan RM15 juta bagi skim bantuan modal perniagaan, Musaadah Tijariyahiaitu.

Bantuan RM3000 untuk 5000 Asnaf

Difahamkan inisiatif di bawah Program Transformasi Asnaf Jaya Baitulmal MAIWP (PROTAJ) ini dilancarkan bagi membantu asnaf keluar daripada kepompong kemiskinan.

Skim ini dijangka memberi manfaat kepada 5,000 asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan setiap pemohon yang layak akan menerima bantuan maksimum RM3,000 setiap seorang.

Skim bantuan Musaadah Tijariyyah dibuka bermula 25 Mac hingga 5 April depan dan ia tidak mensyaratkan pemohon memiliki sijil pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) selama enam bulan, sebaliknya memadai dua bulan saja.

May be an image of text

Bantuan ini memberikan modal perniagaan kepada mereka yang ingin memulakan/ mengembangkan perniagaan.. Sebanyak RM15 juta diperuntukkan dengan sasaran penerima seramai 5,000 orang,

Syarat Permohonan

1. Islam
2. Warganegara Malaysia
3. Bermastautin di Wilayah Persekutuan
4. Tertakluk kepada Had Kifayah
5. Mempunyai pendaftaran SSM 2 bulan dan ke atas
6. Bukan penerima bantuan Perniagaan Baitulmal MAIWP dalam tempoh 6 bulan terkini

Tarikh permohonan adalah bermula 25 Mac 2021 (Khamis) hingga 5 April 2021(Isnin)

Permohonan boleh dibuat secara “online” (https://ebaitulmal.maiwp.gov.my/ez-tijariyyah/app_Login/) atau melalui kaunter-kaunter Baitulmal MAIWP, Pusat Agihan Zakat dan juga cawangan MAIWP di Putrajaya dan Labuan.

Direktori kaunter Baitulmal MAIWP, klik sini. https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/lokasi-kami

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahal berpanjangan.