Nak ‘Work From Home’ Anda Berjalan Dengan Lancar? Wajib Ikut 4 Perkara Ini | Senang sahaja yang ke 4 tu kalau korang ada memang terbaik seleasa buat kerja tau.


by Budak Bijok
Nak ‘Work From Home’ Anda Berjalan Dengan Lancar? Wajib Ikut 4 Perkara Ini | Senang sahaja yang ke 4 tu kalau korang ada memang terbaik seleasa buat kerja tau.
Sejak pandemik melanda, dapat dilihat pekerja yang dulunya bekerja di pejabat kini diarahkan bekerja dari rumah sahaja. Hal ini berkait rapat dengan langkah untuk mencegah penularan wabak merbahaya ini.
Meskipun para pekerja tidak perlu mempersiapkan diri lebih awal atau menempuh kesesakan lalu lintas, bekerja dari rumah nampaknya turut mempunyai cabaran tersendiri.
Oleh yang demikian, kami ingin kongsikan kepada anda empat perkara penting yang boleh para pekerja yang pernah atau sedang work from home ambil berat dalam memastikan pekerjaan berjalan dengan lancar dan efektif.

SUMBER: HERWORLD
Tidak dinafikan ruang kerja sememangya memainkan peranan penting dalam memastikan sesebuah tugasan dapat disiapkan mengikut waktu yang ditetapkan. Suasana yang senyap dan kondusif serta meja kerja yang bersesuaian antara yang diperlukan agar seseorang mampu menjalankan kerja dengan selesa.

SUMBER: FREEDOM
Dalam memastikan kerja dapat disiapkan dengan efisien serta mengikut waktu yang ditetapkan, adalah penting buat seseorang pekerja untuk kekal fokus. Seperti yang ramai sedia maklum, bekerja dari rumah secara tidak langsung membuatkan seseorang lebih cenderung untuk mengambil masa yang lebih panjang untuk menyiapkan tugas.

SUMBER: LUXAFOR
Salah satu langkah dalam memastikan anda kekal fokus menjalankan tugas adalah dengan mengaplikasikan teknik Pomodoro. Menerusi teknik ini, anda bakal berpeluang menyiapkan tugas yang diberikan mengikut waktu yang ditetapkan, kekal focus di samping berpeluang rehat dalam mengekalkan produktiviti anda.
Menariknya, teknik ini turut ditawarkan menerusi aplikasi Pomodoro. Anda boleh hadkan masa untuk anda kekal fokus menjalankan tugas sebelum dibenarkan untuk berehat buat seketika waktu.
Menerusi aplikasi ini, anda berpeluang untuk meningkatkan produktiviti anda di samping mengelakkan daripada berehat dalam tempoh yang panjang.

SUMBER: TEAM VIEWER
Tidak dinafikan sejak pandemik COVID-19 tiba, kebergantungan kepada internet juga turut meningkat. Hal ini dapat dilihat apabila kanak-kanak yang sebelum ini ke sekolah terpaksa beralih kepada pengajian secara atas talian.
Anda yang bekerja dari rumah juga pastinya mendambakan internet yang pantas bagi memastikan setiap tugasan dapat dimuat turun atau dikongsikan dengan pantas. Oleh itu, adalah amat wajar untuk orang ramai menggunakan internet yang pantas dan stabil dalam menjamin kesemua tugasan dapat berjalan dengan lancar.

SUMBER: ASUS ROG
Buat mereka yang melakukan tugas dalam tempoh yang panjang pastinya kerusi gaming yang penuh ergonomik antara yang dicadangkan agar badan anda tidak mudah lenguh meskipun membuat kerja di hadapan komputer dalam tempoh yang panjang. Selain itu, kerusi jenis ini membolehkan anda melaraskan sudut dan ketinggian mengikut keselesaaan anda.
Di samping tips yang dikongsikan, tugasan WFH anda pastinya tidak akan berjalan lancar sekiranya anda tidak mempunyai komputer atau komputer riba yang mempunyai pretasi yang baik dan serba lengkap.
Oleh yang demikian, siri terbaru daripada ASUS Expert Series sememangnya amat membantu dalam memastikan tugasan WFH anda dapat diselesaikan dengan baik.