Setelah Rugi RM10,800! Jururawat Ini Ajar Cara Mudah Kenali Si Penipu 'Love Scam'. Betul lah orang kata cinta itu buta tapi lebih membutakan kalau ditipu oleh pasangan yang kita cintai dan sayangi.


by Budak Bijok
Setelah Rugi RM10,800! Jururawat Ini Ajar Cara Mudah Kenali Si Penipu 'Love Scam'. Betul lah orang kata cinta itu buta tapi lebih membutakan kalau ditipu oleh pasangan yang kita cintai dan sayangi.
BUKAN satu atau dua kes rakyat negara kita terkena dek Love Scam ini. Sudah ramai yang menanggung kerugian ribuan ringgit akibat termakan janji manis ‘jejaka romantik’.
Terbaharu, seorang pesara jururawat kerajaan di Negeri Sembilan terpaksa berdepan kerugian RM10,800 ditipu Love Scam.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook, berkata terdahulu mangsa berusia 54 tahun berkenalan dengan seorang individu dikenali sebagai Mohamed Ibrahim mendakwa warga Poland, melalui laman sosial Facebook pada Disember tahun lalu.
Menurutnya, wanita terbabit dan individu tidak pernah ditemuinya itu kemudian menjalinkan hubungan secara maya sebagai pasangan kekasih.
Katanya, mangsa turut dijanjikan pelbagai hadiah, termasuk beg tangan, kasut, baju, barang kemas dan duit daripada suspek.
“Suspek kemudian memberitahu mangsa kononnya sudah mengepos barangan dijanjikan tetapi gagal melepasi pemeriksaan pihak berkuasa. Wanita terbabit dihubungi pihak mendakwa ejen penghantaran untuk menyelesaikan masalah berkenaan, sekali gus meminta mangsa membuat pembayaran.
“Mangsa percaya akan perkara itu lalu membuat pembayaran menerusi satu akaun bank. Bagaimanapun, mangsa mengesyaki diri ditipu apabila sekali lagi diminta untuk membuat pembayaran.
“Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Bahau, semalam, dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan.
Justeru, polis menasihati orang ramai supaya sentiasa peka terhadap maklumat berkaitan jenayah kolar putih yang kerap berlaku ketika ini.

Sementara itu, menurut Jabatan Siasatan Jenayah Komersial PDRM, ini cara mudah untuk mengenali penipuan Love Scam;
1. Menyamar dengan gambar-gambar lelaki kacak dari USA atau Benua Eropah dalam laman sosial.
2. Menyamar dengan gambar wanita seksi
3. Seorang duda yang baru bercerai dan ingin mencari pasangan hidup.
4. Mempunyai darah kacukan, bapa berasal dari USA atau Eropah, manakala ibu berasal dari Malaysia atau sebaliknya.
5. Mempunyai kerjaya hebat dan berjaya seperti ahli perniagaan, doktor, pegawai tinggi kerajaan dan sebagainya.
6. Menyatakan bekas pelarian dari Negara Afrika dan mempunyai wang dibeberapa negara yang tidak dapat dikeluarkan.
7. Akaun penjenayah dalam laman sosial adalah mencurigakan dan palsu di mana gambar-gambar peribadi terlalu kurang.
8. Mengambil masa yang lama untuk membalas mesej dalam emel atau laman sosial yang lain.
9. Cuba mengelak komunikasi menggunakan webcam komputer.
10. Panggilan manja dan romantik dalam masa yang singkat.
Untuk anda yang follow blog Maukerja jangan terima kasih dan jangan lupa teruskan mendapatkan info-info menarik. Malah untuk anda belum follow sila singgah tau dan korang yang tengah mencari kerja kosong boleh lawat di portal Maukerja. Pelbagai jenis pekerjaan yang kami update di sana. Jom join group telegram kami untuk dapat terus update ke phone anda.