Klip Kertas Ini Dijual Pada Harga RM795, Taksangka Rupanya Ini Fungsinya
# Gaya Hidup

Klip Kertas Ini Dijual Pada Harga RM795, Taksangka Rupanya Ini Fungsinya

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Mar 30, 2021
pada 8:38 PM

Aduhai! Kalau setakat klip kertas tu, korang mesti main 'rembat' je dekat office kan, siap campak-campak lagi, sekadar buat kepilkan dokumen-dokumen yang tertentu. Itupun pakai lepastu buang dalam bakul sampah. Klip Kertas Ini Dijual Pada Harga RM795, Taksangka Rupanya Ini Fungsinya

Nak beli sekotak kecil di kedai alat tulis yang harga tak sampai RM 5 pun rasa tak berbaloi. Apatah lagi kalau beratus-ratus. Ya itulah harga stationary dari jenama Prada ni! Kita semua tahu kan yang jenama tersebut memang menjual produk pakaian yang elegan dengan harga yang mahal, tapi kalau klip kertas tu, macam..hmmm.. pada harganya tu rasanya boleh lepas nak buat bayar dua bulan hutang kereta! Alahai!

PRADA Paperclip - Shaped Money Clip..Dijual Pada Harga USD 185 ( RM 795.32 )

Ukurannya cuma 6 cm sahaja! Jadi, dalam lingkungan RM 133.49 untuk setiap satu sentimeter. Korang sanggup beli ke? Ukurannya mungkin lebih panjang sedikit daripada klip kertas biasa. Kualitinya itu kurang pasti, tapi apa yang pasti adalah tujuan ia dicipta memang tak masuk akal!

Untuk Kepil Duit Kertas Yang Banyak..Tu Je!

Prada Paperclip-shaped Money Clip bukan dicipta untuk kepilkan kertas biasa, sebaliknya ia direka untuk menampung sejumlah wang tunai yang banyak. Hmm, tapi kalau orang banyak duit apa sangatlah 'klip duit' Prada ni kan? Orang marhaen macam kita ni cuma mampu ikat pakai getah tempe je.Itu pun kalau musim perayaan dan duit jumlah kecil-kecil je yang boleh tebal Sobs sobs

Dengan terpampang jenama 'Prada' di klip tersebut, oops! Prada Paperclip-shaped Money Clip namanya, pengguna bolehlah show off duit berkepuk yang dikepilkan dengan Prada Paperclip-shaped Money Clip tu. Maklumlah mereka jual jenama bukannya produk.

Apapun, kalau dah minat memang tak ada masalah kan? Sama macam kita beli jam, mahal ke murah fungsinya tetap sama nak tahu masa sahaja.