Jika Pandai Manfaat Boleh Jimat Beribu Ringgit! NCD Tak Rugi
# Gaya Hidup

Jika Pandai Manfaat Boleh Jimat Beribu Ringgit! NCD Tak Rugi

post by Budak Bijok

by Budak Bijok

Apr 4, 2021
pada 10:40 AM

Jika Pandai Manfaat Boleh Jimat Beribu Ringgit! NCD Tak Rugi | TAK sangka, ramai juga yang memandu kereta tapi tak tahu apa itu No-Claim Discount (NCD). NCD ini, korang kena faham untuk korang tahu bila nak claim, bila nak pindah. Kalau korang pandai manfaat, boleh jimat beribu ringgit!

Sepertimana nama NCD itu sendiri, NCD ini adalah diskaun yang pemilik kereta akan dapat bila renew insurans kereta.

Sekiranya pemilik tak pernah buat sebarang tuntutan insurans tahun sebelumnya.

Contoh tahun 2020 korang beli kereta, korang akan bayar insurans pada harga penuh. Sekiranya tiada sebarang tuntutan dibuat, tahun 2021 nanti korang akan dapat NCD sebanyak 25%.

Kiranya insurans yang kena bayar tahun 2021 akan dapat diskaun 25%!

Kalau lima tahun korang tak claim insurans yang dah dibayar tu, tahun ke enam NCD akan jadi 55%, kiranya dah maksimum diskaun dah ni.

Bila korang buat tuntutan insurans contoh tahun 2021, tak kisah apa nilai NCD korang 25% atau 55%, tahun berikutnya terpaksa korang bayar premium insurans harga penuh.

Untuk anda yang follow blog Maukerja jangan terima kasih dan jangan lupa teruskan mendapatkan info-info menarik. Malah untuk anda belum follow sila singgah tau dan korang yang tengah mencari kerja kosong boleh lawat di portal Maukerja. Pelbagai jenis pekerjaan yang kami update di sana. Jom join group telegram kami untuk dapat terus update ke phone anda.

Start semula dari 0. Ada faham? Sekarang korang dah tahu apa itu NCD. Korang kena tahu pula apa jenis tuntutan yang batalkan NCD dan apa yang tidak. Haaa… bukan semua jenis tuntutan insurans batal NCD tau.

NCD, jika pandai manfaat boleh jimat beribu ringgit!

Tuntutan insurans yang tak batal NCD korang ialah ‘Servis Towing’. Ya! Panggil towing daripada syarikat insurans korang takkan batalkan pun NCD.

Yang ini ramai tak tahu. Bayar insurans mahal-mahal, tapi bila kereta tersadai susah-susah cari contact towing. Insurans kalau comprehensive, sah sahlah memang ada servis percuma towing.

Bezanya pada jarak berapa jauh boleh towing dan berapa kali boleh panggil dalam setahun. Lain syarikat, lain polisi.

Yang ini kena refer pada polisi insurans korang. Kalau dah hilang entah ke mana, korang call je hotline insurans korang untuk tanya. Hotline insurans rata-rata adalah toll-free, tak ada kredit pun boleh call.

Towing insurans korang ni bukan untuk kes kemalangan atau tersadai je tau, kes kereta ada problem kat bengkel A nak towing ke bengkel B pun boleh.

Sebab itu kalau ada kemalangan apa-apa, orang selalu nasihat jangan ‘sign’ apa-apa dokumen kalau tiba-tiba ada lori towing datang.

Sebab sah-sah korang kena bayar towing tu. Kadang kena mahal pula. Namun jika diikutkan, insurans korang cover dah.