Gadis Ini Buktikan Dengan Gaji RM2500, Boleh Buat Simpanan RM750 Setiap Bulan. Ini Rahsia Beliau
# Gaya Hidup

Gadis Ini Buktikan Dengan Gaji RM2500, Boleh Buat Simpanan RM750 Setiap Bulan. Ini Rahsia Beliau

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Apr 7, 2021
pada 12:28 AM

SEBUT sahaja pasal gaji, mesti korang asyik cakap tak cukup kan? Sebab apa, mungkin belanja korang melebihi pendapatan atau tidak pandai menguruska kewangan. Sebenarnya gaji RM10K pun memang tak cukup kalau korang tak pandai manage duit itu. Gadis Ini Buktikan Dengan Gaji RM2500, Boleh Buat Simpanan RM750 Setiap Bulan. Ini Rahsia Beliau

Dikongsikan Nur Aliah Mohd Nor ikut Formula 30:60:5:5. Caranya mudah ,cuma ikut kita buat perbelajaan dan simpanan mengikut apa yang telah ditetapkan.Sekarang ni minggu gaji jadi boleh terus amalkan ya.

Hati ini rasa gelisah pula bila tahu ada orang yang bergaji RM8000 sebulan tapi nak simpan RM1000 sebulan tu pon sangat susah! Sini Lia kongsikan 1 formula yang dipanggil ‘kompas kewangan’. Guna je formula mudah ni untuk selamatkan kewangan korang.

Kompas kewangan terbahagi kepada 4 iaitu:
Untung (30%) Terpaksa (60%) Bocor (5%) Sampah (5%)

Dapatkan dulu pendapatan bersih korang. Kerja biasa: Gaji kasar – KWSP – SOCSO – Zakat = Gaji bersih. Kerja sendiri: Pendapatan kasar – belanja bisnes – cukai pendapatan = pendapatan bersih

No.1 Untung (30%)
30% ini adalah SIMPANAN yang kita akan ketepikan dari gaji yang kita dapat setiap bulan.

Simpanan ini termasuklah dengan:

> Simpanan jangkamasa pendek. > Simpanan jangkamasa panjang. > Simpanan emergency. > Simpanan pelajaran. > Simpanan pencen. > Simpanan pelancongan. > Simpanan wakaf. > Simpanan sedekah.

Contoh tempat terbaik untuk buat simpanan:

> Tabung Haji. > Saham. > Unit Trust. > Takaful (Islamic Insurance). > EPF, > ASB. > Hartanah
> Emas

No.2 Terpaksa (60%)
Maksud terpaksa ini ialah semua jenis belanja komitmen sara diri dan keluarga termasuklah semua jenis loan.

Contoh loan:
> Loan rumah. > Loan kereta. > ASB Financing. > Personal loan. > PTPTN

Contoh sara diri dan keluarga:

> Minyak kereta. > Bil telefon. > Bil api air. > Keperluan keluarga. Lia faham setengah orang loan itu amat penting untuk kegunaan sesuatu perkara atau sesuatu tujuan. Lain orang lain kegunaannya.

No.3 Bocor (5%)
Bocor ni maksudnya bukan keperluan sangat, kita boleh kawal lagi di bahagian bocor ni.

Contoh:
> ASTRO. > Kredit kad. Kalau di bahagian bocor ini lebih dari 5%, boleh lah potong apa-apa perkara yang tak penting contohnya unifi dan astro.

No.4 Sampah (5%)
Untuk sampah 5% maksudnya boleh guna dan belanja dengan bahagianya.

Contoh:
> Fast food (McDonald, KFC). > Tealive, Starbucks. > Karoke. > Tengok wayang. Kenapa penting guna formula ini? Sebab kita nak wujudkan 5 tiang impian kewangan kita.

5 tiang impian kewangan
Cipta duit (melalui business atau makan gaji)

> Urus pendapatan kita dengan baik menggunakan kompas kewangan. > Lindung harta dengan baik
> Labur harta untuk masa depan. > Agihkan harta dalam keadaan yang baik setelah meninggal dunia.

Sumber: Nur Aliah Mohd Nor