Pasti ada antara kita pernah mendengar kejadian pelantar minyak terbakar disebabkan kebocoran gas. Kejadian sebegini misalnya berlaku di berlaku di pelantar Bekok C, Terengganu pada tahun 2010 menyebabkan enam cedera manakala 102 kakitangan pelantar milik Petronas Carigali Sdn. Bhd. dipindahkan ke pelantar berhampiran. Sebab itu aspek keselamatan pelantar minyak ini sangat penting. Antara langkah bagi memantau tidak berlaku kebocoran gas adalah menggunakan kamera khas Optical Gas Imaging (OGI) berupaya mengesan pelbagai saiz kebocoran daripada kecil sehingga besar.
