Durian Malaysia, Thailand Jadi Pilihan Penggemar Raja Buah Di Luar Negara
# Others

Durian Malaysia, Thailand Jadi Pilihan Penggemar Raja Buah Di Luar Negara

post by Zaki

by Zaki

Apr 8, 2021
pada 8:01 AM

Gelaran raja buah, durian menyaksikan persaingan antara dua negara terdekat dalam pasaran eksport global iaitu antara Thailand dan Malaysia. Thailand kini berada dalam laluan yang betul untuk menjadi pengeluar durian terbesar di dunia dalam tempoh lima tahun. Bagaimanapun, Thailand berisiko kehilangan status negara eksport raja buah itu kepada negara-negara jiran termasuk Malaysia yang mengekori rapat. Kawasan penanaman durian di negara itu dalam tempoh 10 tahun lepas juga meningkat sehingga 30 peratus.

Dijangkakan, kira-kira 2.02 juta durian dihasilkan secara purata dari 2021 hingga 2025 adalah berbanding 1.11 juta tan tahun lalu. Daripada segi pengeluaran durian, Thailand adalah negara kedua terbesar selepas Indonesia yang menghasilkan jumlah terbesar di dunia sekitar 1.20 juta tan durian setiap tahun. Kuantiti pengeluaran durian di Thailand meningkat sebanyak 6,000 tan setahun antara 2011 dan 2016.

Antara 2017 dan tahun lalu, jumlah itu melonjak 140,000 tan setahun iaitu 20 kali lebih tinggi daripada purata biasa. Kenaikan pengeluaran durian ini adalah hasil peluasan kawasan penanaman durian di wilayah selatan dan timur laut Thailand. Ladang durian di wilayah selatan menunjukkan peningkatan sebanyak 300 peratus dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini.

Negara kita pula dijangka mengeluarkan sebanyak 443,000 tan durian menjelang 2030 berbanding 384,170 tan pada 2019. Jangkaan ini berdasarkan saiz kawasan tanaman durian negara seluas 72,536 hektar. Pahang, Johor dan Sarawak adalah tiga negeri pengeluar utama dengan Pahang mengeluarkan sebanyak 89,916 tan, Johor (87,838 tan) dan Sarawak (34,650 tan).

Raub adalah pusat pengeluaran utama durian bagi Musang King dengan kawasan penanaman seluas 11,201.2 hektar dan pengeluaran sebanyak 70,650 tan metrik bernilai RM1.3 bilion. Lima negara eksport utama ialah Singapura, Hong Kong, Amerika Syarikat, China serta Vietnam, dan pada 2018, Malaysia mengeksport sejumlah 23,381 tan raja buah itu dengan nilai RM118.2 juta.

Filipina dan Vietnam masing-masing mengalami pertumbuhan 32 peratus, 40 peratus dan 20 peratus dalam pengeluaran durian. Jumlah eksport durian dunia pula diramalkan sebanyak 350,000 tan setahun menjelang lima tahun akan datang.