Jangan Tertipu Dengan Penjual Emas! Ini Cara Mudah Nak Tahu Emas Kosong Atau Padu
# Gaya Hidup

Jangan Tertipu Dengan Penjual Emas! Ini Cara Mudah Nak Tahu Emas Kosong Atau Padu

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Apr 9, 2021
pada 12:44 AM

Bercakap pasal perhiasan barang kemas, wanita mana je taksuka. Malah perhiasan yang diperbuat daripada emas ini amat diminati oleh golongan wanita. Takkiralah bangsa apa pun. Semenjak tahun 2018, harga emas telah melonjak sehingga RM240 bagi satu gram. Namun begitu, harga tersebut masih lagi relevan untuk perhiasan dan kedai-kedai emas pun masih rancak diserbu walaupun pada ketika ini. Tapi korang kena tahu, jenis barang kemas ini ada yang padu dan juga hollow (kosong). Sebab kedua ini memiliki ciri dan kesesuaian pemaikaian yang berbeza. Cara Mudah Nak Tahu Emas Kosong Atau Padu

Tips ini dikongsi oleh seorang warganet melalui akaun Twitter, beliau yang digelar Nana Saudagar Emas merupakan penjual barang kemas melalui platform online.

"Kita perempuan kena bijak bezakan cincin padu atau hollow. Rugi pakai dua kali dah bengkok"

Cara bagaimana nak bezakan cincin padu atau hollow:
"Cincin jenis hollow/kosong kalau nampak ada macam longkang dekat dalam. Istilah ini orang panggil 'berparit'

Menurut beliau, untuk cincin jenis hollow atau kosong tidak digalakkan pakai untuk basahan atau pun harian. Ini kerana, cincin jenis ini mudak kemek dan bengkok jika kita selalu melakukan aktiviti lasak.

Untuk mengenali cincin padu:

"Untuk cincin padu, bahagian dalam cincin adalah rata sahaja. Tiada longkang. Kalau kita rendam dalam air pun, air takkan bertakung dalam cincin.

Bagaimana pula untuk cincin jenis bercorak atau stamping?

"Cincin jenis stamping adalah design jenis hollow/kosong"

Cincin jenis stamping ini mudah bengkok jika dipakai ganas. Tapi kalau orang itu sejenis yang lemah gemalai dan tidak melalukan kerja berat, tidak ada masalah untuk menggunakannya.

Bagaimana pulak cincin yang ada batu? Kosong atau padu?

"Jawapannya pada.  Tapi kena hati-hati pakai cincin jenis berbatu ini. Ada kedai tak kemas pembuatannya sampai ada batu yang boleh tercabut."

Kalau tak minat cincin belah rotan atau cincin permata, tapi suka cincin yang halus dan comel, kebanyakkan cincin tersebut adalah padu. Tapi..

Nasihat beliau, berhati-hatilah dalam urusan jual beli emas. Beli emas perlu ada ilmu. Kalau tak senang kena tipu oleh tuan kedai

Sumber: Perkongsian di Twitter Nurnadiana_