Jangan Buang Makanan Expired Sebab Boleh Dimakan, Jadi Jimat Belanja
# Others

Jangan Buang Makanan Expired Sebab Boleh Dimakan, Jadi Jimat Belanja

post by Zaki

by Zaki

Apr 11, 2021
pada 1:03 AM

Apabila tiba Ramadan, perkara pertama sekali yang bermain difikiran ialah keperluan barang-barang makanan sama ada mencukupi atau tidak. Iyalah, kalau takda bahan apa yang nak dimasak sebagai juadah bersahur atau berbuka nanti. Tambahan pula masa tengah bulan atau poket tak berapa nak cantik, jadi ada kekangan sikit untuk memenuhkan rak di dapur. Malah, semasa mengemas pula didapati banyak barang-barang makanan yang dibeli rupanya telah tamat tempoh atau expired.

Sebenarnya siapa kata makanan expired’ tak boleh makan? Biasanya bila tengok tarikh luput kita akan membuang makanan-makanan ini kerana bimbang sakit perut atau keracunan makanan. Siapa yang sanggup makan makanan rosak, silap haribulan masuk hospital. Sebenarnya itu tidak betul kerana makanan yang telah tamat tarikh luput masih boleh dimakan selagi tidak rosak.

Semasa membelek pembungkus makanan atau produk, kita kena perhatikan apa yang ditulis pada label iaitu ‘baik sebelum’ atau ‘gunakan sebelum’. Perkataan ‘baik sebelum’ biasanya tertulis pada makanan siap proses seperti makanan dalam tin, minuman, makanan beku dan coklat. Ini bermaksud makanan tersebut masih selamat dimakan selepas tarikh tersebut selagi ia tidak berbau atau kelihatan pelik.

Manakala label ‘guna sebelum’ pula biasanya dilihat pada daging, produk tenusu atau produk separa proses yang mudah rosak. Sekiranya produk telah melepasi tarikh tersebut, maka makanan ini memang patut dbuang kerana tidak selamat untuk dimakan. Ada tiga kaedah asas untuk kita mengetahui sesuatu makanan itu selamat atau tidak iaitu menerusi deria bau, rasa dan lihat. Kalau sesuatu makanan itu dah rosak ia akan berbau (basi), berbuih, bertukar warna atau ada kulat.

Jika ada tanda-tanda begini, eloklah di tong sampahkan. Sebab itu perlunya simpan makanan yang telah dibuka ke dalam peti sejuk. Roti misalnya boleh tahan selama tiga bulan jika di sini asalkan belum berkulat. Daging korban misalnya boleh disimpan setahun di dalam peti ais asalkan disejuk beku. Jadi selepas ini, jangan main buang sahaja makanan yang telah melepasi tarikh luput. Kalau masih elok dan boleh dimakan semestinya kita juga boleh jimat wang.