Filem Fast & Furious 9 : The Fast Saga sepatutnya ditayangkan pada tahun lalu tetapi telah ditangguhkan. Kini, Universal telah kongsikan trailer terbaharu filem penuh aksi yang akan menemui anda tidak lama lagi.


by Budak Bijok
Filem Fast & Furious 9 : The Fast Saga sepatutnya ditayangkan pada tahun lalu tetapi telah ditangguhkan. Kini, Universal telah kongsikan trailer terbaharu filem penuh aksi yang akan menemui anda tidak lama lagi.
Mesti korang tak sabar kan nak tengok ceritanya bagaimana. Bayangkan lah siapa yang follow cerita ni daripada 1 hingga 9 mesti geram dan tak sabar nak tengok.
Menerusi trailer yang dikongsikan, kita dapat lihat filem Fast & Furious 9 ini hadir dengan kejutan kerana munculnya John Cena sebagai adik kepada Dom. Rasa tidak puas hati beliau kepada Dom membuatkan ‘pertarungan’ dalam filem ini kelihatan lebih bermain dengan emosi, isu kekeluargaan dan juga lebih aksi.
Untuk pengetahuan anda, filem Fast & Furious 9 ini menampilkan barisan pelakon hebat seperti Vin Diesel, John Cena, Michelle Rodriguez, Tyrese Gibson, Chris “Ludacris” Bridges, Jordana Brewster, Nathalie Emmanuel, Charlize Theron dan Helen Mirren.
Sama-sama kita nantikan filem ini di pawagam terdekat pada 24 Jun 2021 ini dan tonton dahulu trailer ini sebelum anda menontonnya di pawagam kelak.
Untuk anda yang follow blog Maukerja jangan terima kasih dan jangan lupa teruskan mendapatkan info-info menarik. Malah untuk anda belum follow sila singgah tau dan korang yang tengah mencari kerja kosong boleh lawat di portal Maukerja. Pelbagai jenis pekerjaan yang kami update di sana. Jom join group telegram kami untuk dapat terus update ke phone anda.
Latar belakang cerita
The Fast and The Furious merupakan satu film Franchise komersial terbaik Universal. Tidak hanya mendapatkan banyak respon positif dari para peminat film serta berbagai penghargaan.
Film ini juga berhasil mengaut keuntungan besar dengan menempati urutan ke sepuluh sebagai Film berpenghasilan tertinggi. Kejayaan ini dibuktikan dengan seiri film yang terus dibuat sejak pertama kali ditayangkan 2001 hingga saat ini.
Setiap cerita dalam serial film The Fast and The Furious saling berkaitan, selain itu terdapat banyak aksi dan adegan menyentuh tentang pengorbanan dalam hubungan persahabatan dan kekeluargaan.