Pengalaman penyewa meninggalkan rumah sewa dengan bil elektrik yang melambung bukan perkara baru. Sama ada penyewa orang bujang atau berkeluarga, perangai sebegitu bukanlah pelik kerana macam-macam hal dan perangai penyewa. Apabila bekas penyewa meninggalkan rumah dengan bil utiliti tertentulah tuan rumah jadi mangsa. Nasib bertambah parah kalau premis yang disewa pula dijadikan lombong aktiviti bitcoin yang bil letriknya pasti mencecah ribuan ringgit.
