Tempeh – Makanan murah ini memiliki nilai khasiat tinggi kerana kandungan protein dalam tempeh adalah tinggi. Setiap 84 gram tempeh terkandung kira-kira 15 gram protein. Tempeh juga mengandung kalsium yang jumlahnya hampir sama dengan susu. Terdapat juga kandungan zat besi, fosfor dan magnesium yang memiliki manfaat pada tubuh. Tempeh juga rendah karbohidrat dan natrium.
Ikan kembung – sebenarnya kebaikan makanan laut ini tidak banyak beza kerana ikan kembung mengandung omega, yodium, selenium, flurida, zat besi, magnesium, zink, taurin, serta coenzyme Q10. Bahkan kandungan omega 3 di dalamnya pun lebih tinggi berbanding dengan sumber protein haiwan. Kandungan omega 3 ikan kembung 1.5 lebih tinggi daripada ikan salmon.