Sebanyak 10,000 peluang kerja berimpak tinggi bakal wujud menerusi pelan jangka panjang selama lima tahun bagi pembangunan baharu oleh Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) di Lapangan Terbang Subang dengan nilai pelaburan RM1.3 bilion. Ia akan memberi nafas baharu kepada lapangan terbang terbabit sekali gus membantu membentuk suatu ekosistem aeroangkasa yang serba lengkap. Di samping peluang kerja, ia juga bakal menggandakan bilangan pengendali dan penyewa.
