Pergerakan rentas negeri bagi tujuan pekerjaan, kecemasan dan kematian (ibu, bapa, anak & adik-beradik), perubatan, pendidikan serta pasangan jarak jauh (PJJ) adalah dibenarkan.


by Budak Bijok
Pergerakan rentas negeri bagi tujuan pekerjaan, kecemasan dan kematian (ibu, bapa, anak & adik-beradik), perubatan, pendidikan serta pasangan jarak jauh (PJJ) adalah dibenarkan.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani bagaimanapun berkata, kebenaran itu hanya dibenarkan pada hari Isnin hingga Khamis sahaja jika permohonan pergerakan tersebut diluluskan.
Manakala pergerakan pada hujung minggu iaitu hari Jumaat hingga Ahad tidak akan diluluskan. Ini tidak termasuk bagi urusan-urusan melibatkan kecemasan, kematian dan pasangan jarak jauh.
Jadi untuk korang yang nak rentas negeri oleh sebab rindu atau bosan duduk di luar kota diharapakn bersabar dan janganlah nanti kalau disaman menyesal tak sudah. Jadi untuk anda yang nak rentas negeri tapi ada sebab-sebab seperti ini. Boleh dan silakan tapi jangan sesekali menipu.
Hanya 5 Sebab Ini Anda Dibenarkan Rentas Negeri
1. Bekerja
2. Kecemasan dan Kematian
3. Perubatan
4. Pasangan Jarak Jauh
5. Pendidikan
(Selain itu) pergerakan rentas negeri bagi tujuan sosial seperti menghadiri kenduri perkahwinan dan apa-apa jenis majlis atau jamuan adalah dilarang. Jelasnya, penguatkuasaan tersebut akan diteruskan sehingga selepas hari raya Aidilfitri dan mana-mana pihak yang ingkar akan dikenakan tindakan tegas.
Sementara itu, semua ketua polis daerah dan pasukan pemantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bagi isu ketidakpatuhan SOP di bazar Ramadan serta pasar akan digerakkan ke semua lokasi berkenaan.
“Sekiranya didapati SOP tidak dipatuhi, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) akan mengemukakan saranan kepada pihak berkuasa tempatan agar aktiviti perniagaan di kawasan-kawasan tersebut dihentikan,” tambahnya lagi.


Untuk anda yang follow blog Maukerja jangan terima kasih dan jangan lupa teruskan mendapatkan info-info menarik. Malah untuk anda belum follow sila singgah tau dan korang yang tengah mencari kerja kosong boleh lawat di portal Maukerja. Pelbagai jenis pekerjaan yang kami update di sana. Jom join group telegram kami untuk dapat terus update ke phone anda.