Cucu Bekas Menteri Besar, Anak ADUN Tak Malu Jadi Rider Hantar Makanan
# Trending Semasa

Cucu Bekas Menteri Besar, Anak ADUN Tak Malu Jadi Rider Hantar Makanan

post by Zaki

by Zaki

Apr 20, 2021
pada 6:30 AM

Katalah korang ni cucu kepada seorang bekas Menteri Besar, adakah korang sanggup buat kerja-kerja remeh seperti menjadi pekerja sambilan dengan gaji RM7 hingga RM8 sejam, berdiri lama demi mendapatkan wang sebagai simpanan? Kalau nak ikutkan logik mungkinlah tidak. Ye lah, cucu pada seorang bekas Meteri Besar yang mempunyai nama serta kedudukan pada mata masyarakat. Sekurang-kurangnya elaun yang diberi keluarga jika masih belajar RM1,000 sebulan.

Tapi tidak bagi cucu bekas Menteri Besar Terengganu, Allahyarham Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad apabila memilih untuk menjadi penghantar makanan menggunakan basikal sebagai kerjaya sampingan di sekitar bandar Chukai di Kemaman. Gadis manis itu, Wan Nabihah Hannah Wan Abdul Hakim, 19, menggunakan basikal untuk hantar makanan pada radius 2 kilometer (km) melalui syarikat Foodpanda sejak pertengahan Februari lalu.

Allahyarham Tan Sri Wan Mokhtar yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai dilantik menjadi Menteri Besar Terengganu pada September 1974 selama 25 tahun. Menteri Besar Terengganu ke-10 itu kemudian dilantik menjadi Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi dari tahun 2000 hingga 2005.

Wan Nabihah tiada lesen motosikal, jadi sebab itulah dia jadi rider menggunakan basikal. Wan Nabihah bukan sahaja cucu kepada bekas Menteri Besar, malah bapanya, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar juga adalah bekas ADUN Air Putih. Senang cerita, dia ni anak kepada bekas Yang Berhormat.  Kisah Wan Nabihah jadi rider menggunakan basikal mula viral di media sosial. Katanya, dia terfikir untuk buat kerja hantar makanan disebabkan jadual kerjanya yang fleksibel sesuai dengan status saya sebagai seorang pelajar. Selain itu, dia juga anggap ia pekerjaan mencabar lebih-lebih lagi dilakukan oleh seorang wanita.

"Sebab itulah sebelum bulan puasa saya beri tumpuan lebih pada penghantaran dan ambil pesanan dengan jadual bekerja tiga hingga empat jam setiap hari sehingga saya pernah dapat RM500 dalam masa seminggu," katanya Wan Naibhah yang menuntut dalam jurusan perniagaan di Taylor's College di Subang Jaya, Selangor.

Wan Nabihah mengakui, disebabkan jadi rider Food Panda menggunakan basikal, orang keliling pandang 'sinis'. Dia bekerja sebagai penghantar makanan sejak pertengahan Februari lalu. Runner adalah pekerjaan kedua dilakukan selepas bekerja sebagai pembantu kedai (bancuh air) di Tealive Chukai selama enam bulan bermula Januari hingga Jun 2020.  Walaupun anak orang berada, tetapi dia menyimpan 70 hingga 80 peratus daripada gaji untuk kegunaan masa depan.