Kata orang tua-tua, kalau dah jodoh tak ke mana, jadi begitulah jodoh dua ekor badak air apabila disatukan sebagai pasangan raja sehari. Bunyinya kedengaran lucu tetapi itulah yang berlaku di Hippo Kingdom, taman tema air Lost World of Tambun (LWOT) di Ipoh, Perak apabila dua ekor haiwan ini, pasangan Juwita dan Jiwang menjadi pengantin badak air pertama di negara ini diraikan dalam suasana seperti majlis kenduri kahwin.
