Demi Negara Keluarga Bangga Pemergian Komando Kapal Selam KRI Nanggala
# Trending Semasa

Demi Negara Keluarga Bangga Pemergian Komando Kapal Selam KRI Nanggala

post by Zaki

by Zaki

Apr 26, 2021
pada 3:41 PM

Biarpun rakyat Indonesia dan Malaysia juga umumnya merasa sedih dengan insiden kemalangan kapal selam KRI Nanggala-402, tetapi pada masa sama ada rasa kebanggaan pada pegawai dan kru kapal selam berkenaan. Ini kerana yang turut terkorban ialah

Komandan Satuan Kapal Selam (Dansatsel) Koarmada II Kolonel Laut (P) Harry Setiawan. Harry baru menjawat tugas Dansatsel selama satu bulan. Dia dilantik untuk mengepalai Satuan Kapal Selam Koarmada II yang bermarkas di Surabaya, Jawa Timur sejak 6 Mac lalu. Kolonel Harry menggantikan Kolonel Laut (P) M Iwan Kusumah.

Empat kapal selam berada di bawah pemerintahan Harry selain KRI Nanggala-402 adalah KRI Nagapasa-403, KRI Ardadedali-404 dan KRI Alugoro-405. Harry membesar dalam keluarga tentera dan merupakan alumni Akademi Angkatan Bersenjata Republik Indonesia (Akabri) 1997.  Bapa empat anak itu terkorban bersama 52 anak kapal yang lain ketika mengikuti latihan ketenteraan di dalam kapal selam KRI Nanggala-402 di perairan Bali. Harry dikenali dengan sikap penuh dedikasi serta menjadi kebanggaan keluarganya. 

Keluarga Komando kapal selam KRI Nanggala-402, Harry Setiawan berharap jenazahnya dapat ditemukan. Sepupu Harry, Kolonel Kicky Salvachdie berkata, ibu Harry, Ida Farida sanggup datang ke Gedangan Sidoarjo dari Depok seperti keluarga mangsa yang lain.  Keluarga mengharapkan Harry dapat ditemukan dan mahu jenazahnya dikebumikan di tanah perkuburan keluarga di Cilubang, Sukabumi.

Kesedihan sama turut ditanggung ahli keluarga kru kapal selam lain. Selepas beberapa hari menunggu bagaimana nasib anaknya yang merupakan seorang daripada anak kapal selam KRI Nanggala-402, Sunaryo reda dengan apa yang berlaku. Bapa kepada Gunadi Fajar Rahmanto itu berkata, dia reda dengan pemergian anaknya walaupun berat hati untuk menerima insiden yang  berlaku.Dengan hati yang tenang, saya reda pemergian Gunadi, malah saya bangga kerana dia pergi ketika menjalankan tugas untuk keselamatan negara. Gunadi yang merupakan seorang daripada anggota tentera laut terbaik di negara itu meninggalkan seorang isteri yang kini sarat hamil tujuh bulan anak pertama mereka.

Kesemua 53 kru KRI Nanggala-40 disahkan terkorban selepas kapal selam itu dipercayai pecah kepada tiga bahagian. Perkara itu diumumkan oleh Ketua Tentera Nasional Indonesia (TNI), Hadi Tjahjanto. Katanya, berita menyedihkan itu disahkan berdasarkan bukti-bukti yang ditemukan sepanjang usaha mencari dan menyelamat kapal selam itu dijalankan sejak Rabu lalu. 

Beberapa bahagian badan kapal selam juga sudah ditemukan berdasarkan visual bawah air yang dilakukan oleh kapal tentera Singapura, MV Swift. Antara bahagian yang dikenal pasti termasuk bahagian belakang dan luar badan kapal selam, sauh serta jaket keselamatan anak kapal. Kapal selam tersebut dilaporkan terputus hubungan sebelum disahkan tenggelam. KRI Nanggala-402 dipercayai tenggelam pada kedalaman 838 meter.