5 Perkara 'SYOK' Yang Pasti Korang Rasa Kalau Bekerja Di Genting Highlands Berbanding KL
# Jenis Pekerjaan # Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja # Others

5 Perkara 'SYOK' Yang Pasti Korang Rasa Kalau Bekerja Di Genting Highlands Berbanding KL

post by Maukerja Team

by Maukerja Team

Apr 28, 2021
pada 2:11 PM

Korang yang sedang bekerja di bandar tu ataupun yang mana tengah mencari kerja tu, korang pernah tak terfikir atau tertanya-tanya macam mana la rasanya kalau bekerja kat GENTING HIGHLANDS tu. Syok Ke? Berbaloi Ke? Best Ke Pun?

Kadang-kadang min pun jadi tertanya-tanya, kenapa ramai sangat anak-anak muda yang berpusu-pusu nak kerja di ibu kota sedangkan ada tempat yang jauh lebih SYOK boleh dituju. Sesak, kos sara hidup mahal, panas, persaingan tinggi dan macam-macam lagilah, ke sebab keseronokan yang ada di ibu kota antara sebab ianya jadi pilihan?

Kat Malaysia ini, ramai yang tak perasan sebenarnya ada satu lokasi strategik yang mempunyai peluang pekerjaan yang tinggi malah banyak keseronokkan yang kita boleh alami.

Untuk pengetahuan korang, Genting Highland adalah salah satu tempat paling unik untuk kita menerpa kerjaya di Malaysia ini. Selain peluang pekerjaan yang meluas, ada beberapa 'keseronokan' jika bekerja di sana, jauh beza daripada KL ni.

 

 

1. Tak Ada Life? Jimat Banyak

 

 

 

 

 

 

 

Walaupun jika dibandingkan dengan bekerja di KL, Genting Highlands ni kurang tempat hiburan, membosankan, jauh dari bandar, memang tidak dapat dinafikan. Tapi cuba fikir dari sudut positif, zaman sekarang semua benda mahal jadi buat apa perlukan hiburan yang melampau.

Tapi kurang tempat hiburan tak bermakna tak ada kan? Movie? Karaoke?Tempat Shopping? ada je kat kitu, boleh google. Lagipun, kurang 'life' tapi duit bertambah, ia boleh mendidik kita untuk menyimpan wang dengan baik

2. Gaji Dia? Uii, Boleh Tahan


Eh gaji yang mereka tawarkan tu boleh tahan tinggi tau, kalau dibandingkan dengan bekerja di KL, jika purata gaji anda RM2,000 bekerja Genting Highlands ni merupakan satu pilihan bijak kerana korang lebih banyak jimat tau.

 

3. Tak Ada Transport? Tak Ada Hal Lah!


Ada pekerjaan mereka disana yang menyediakan pengangkutan sendiri, jadi, tak perlu keluar duit beli motor sebab nak cepat sampai kerja. Itu Genting Highland, bukannya KL!

Kalau KL memang patut pun beli motor, tapi kalau gaji tu tak lepas modal belanja sendiri macam mana? Minyak lagi, tak dapat dibayangkan!

 

4. Tempat Tinggal? Free Okay!


Ada segelintir tempat kerja yang memberikan tempat tinggal percuma, ya lah kalau yang ini di KL pun ada tapi kenapa kalau di Genting Highland dianggap sebagai satu kelebihan adalah mereka yang risau mengenai tempat tinggal.

Anggapan yang menngakatakan kos sara hidup di Genting Highland ini mahal sangat kuat di minda mereka. Jadi kalau mahal tinggal lah di tempat yang majikan sediakan!
 

5. Oh Ya, Kat Sana Sejuk. KL? Panas Weyh!


Nah, ini paling best! Kalau di KL tu, aduhaiii keluar rumah cantik-cantik sampai ke tempat kerja dah jadi selekeh. Lagipun cuaca panas baru-baru ini memang melampau sangat, tak tahan di buatnya! Kalau di Genting? Pukul 2 petang pun rasa macam masih subuh lagi. Acah-acah London gittew

Lagipun, KL udara memang teruk, sekurang-kurangnya kesihatan kita terjaga bebas daripada menghidu pencemaran udara kalau bekerja di Genting Highland.
 

Memang seronok kalau kerja di Genting Highland ini, jika korang ada dengar sebarang berita mengenai opening untuk mencari pekerja, pergi lah apply cepat-cepat. Lebih bertuah kalau dapat kerja yang ada banyak manfaat ini, bukan senang tau nak dapat pengalaman bekerja kat Genting Highlands ni tau!

Dengar kata Genting Highlands Sedang Mencari cari pekerja yang boleh menawarkan gaji banyak, bertuahnya kalau dapat kerja disitu. Setahu kami, kerja yang ditawarkan tu ada pelbagai manfaat yang best-best Tau ! Rugi tak apply sekarang! 

Yang paling best sekali ni la peluang korang untuk bekerja kat genting tau Waah, rasa macam rugi sangat kalau tak cuba kan? takan nak lepaskan peluang ni rugi tau.

Pelbagai jawatan kosong terkini di Resorts World Genting! 
Jangan terlepas peluang yang terbaik ini! 

  • Resorts World Genting kini merekrut:
  • Penyelia Dobi
  • Pembantu Tukang Jahit
  • Pelayan
  • Komis I/ II
  • Pembantu Kedai
  • Tukang Kebun
  • Krew Perkhidmatan Tetamu
  • Pembantu Taman Tema
  • Penyelia Teknikal Taman Tema
  • Juruteknik Taman Tema Kanan
  • Penyelia Operasi Taman Tema

Berminat dengan posisi ini?

Tekanlah link untuk mohon kerja! >>> wa.link/15i1yc <<<