Ketahui Kenapa Lima Lagu Raya Ini Tak Patut Didengar.  Boleh Buat Gaduh
# Others

Ketahui Kenapa Lima Lagu Raya Ini Tak Patut Didengar.  Boleh Buat Gaduh

post by Zaki

by Zaki

Apr 29, 2021
pada 1:24 AM

Sudah dua minggu berpuasa tapi lagu raya tidak berkemundang. Mana tidaknya, tahun ini sekali lagi menjadi tahun suram bagi kebanyakan kita khususnya mereka yang tinggal di ibu kota kerana tidak dapat pulang beraya disebabkan larangan rentas negeri. Mutakhir ini juga kes jangkitan wabak Covid-19 menunjukkan pasang surut apabila angka semakin naik berbanding bulan lalu. Sama ada suka atau tidak, semua daripada kita terpaksa akur untuk tidak dapat balik ke kampung termasuklah anggota polis, tentera dan barisan frontliners yang masing-masing turut mempunyai keluarga di kampung.

Sama ada suka atau tidak suka, hari raya tidak lengkap jika tidak diwarnai dengan alunan lagu-lagu raya walaupun dendangan tersebut mungkin menyebabkan ramai yang panas hati apabila terkenangkan kampung halaman. Tambahan pula ada lagu raya yang melodinya mendayu-dayu, tambah membuatkan jiwa sengsara.

Pun begitu, di sini kita senaraikan lagu-lagu raya malar segar yang popular sepanjang zaman tetapi mungkin tidak sedap untuk didengari pada tahun ini.

 

BALIK KAMPUNG (SUDIRMAN HJ ARSHAD)

InI adalah lagu paling berhantu dalam banyak-banyak lagu raya. Lagu ini pasti mengimbas kenangan semasa kita membesar.  Lagu tema balik kampung Allahyarham Sudirman  Hj Arshad ini liriknya jelas menggambarkan keceriaan perjalanan balik ke kampung yang indah dan damai. Lagu ini membuatkan kita rasa tak sabar pulang ke kampung berjumpa datuk nenek dan keluarga di sana. Ia juga senang dinyanyikan bersama-sama.

 

DENDANG PERANTAU (TAN SRI P RAMLEE)

Antara lagi raya terawal ialah gubahan seniman agung Allahyarham Tan Sri P Ramlee dengan lirik oleh  S.Sudarmaji. Dinyayikan dengan sepenuh jiwa, lagu ini menceritakan tentang jejaka yang meninggalkan kampung halaman dan merindui orang tersayang di Aidilfitri. Lagu ini dikatakan mengusik jiwa orang ramai. Cetusan emosinya diluahkan dari generasi ke generasi. Pasti ramai yang patah hati kalau mendenngar lagu ini berkemundangn di corong MP3, YouTube atau Sportify.

 

SELOKA HARI RAYA (UJI RASHID & HAIL AMIR)

Menampilkan pasangan duet yang  cukup popular pada zamannya, Uji Rashid dan Hail Amir tiada siapa yang dapat menandingi keserasian duo ini. Lagu ini mempunyai melodi yang menaikkan semangat dan lirik yang padat dengan pesanan berguna. Kekuatan lagu ini juga adalah pada alunan merdu suara kedua-dua penyanyi. Mendengar lagu ini juga membuatkan ingatan kita membuai-buai tentang keasyikan merayakan hari raya bersama si dia atau orang tersayang.

 

SATU HARI DI HARI RAYA  (M. NASIR)

Lagu dendangan sifu M. Nasir ini juga tidak kurang sentapnya. Mendengarkan alunan serunai pada intro sahaja sudah melambangkan imej kemelayuan dan unsur-unsur bangsa Melayu. Lagu-lagu Raya juga membangkitkan perasaan berbeza bergantung kepada di mana kita berada pertama kali mendengarnya. Lagu ini mengingatkan kita kepada aspek kerohanian ketika baru memasuki zaman remaja. Sesungguhnya, karya agung mendayu ini memujuk pendengar untuk memikirkan tentang rahmat yang Esa dan keindahan syukur dan keinsafan.

 

SUASANA HARI RAYA (ANUAR & ELINA)

Anda pasti tersenyum mendengar intro lagu raya ini. Rentak keraiannya mudah sahaja menambat hati pendengar. Faktor utama ialah suara muda keanak-anakkan pasangan remaja Anuar dan Elina ini. Selain daripada suara, liriknya tentang kejayaan melengkapkan puasa dan masa untuk bergembira di Aidilfitri tepat sekali.